NasionalNegeri

Suami isteri direman 3 hari kes bantu syarikat keluarga dapatkan projek

SEPASANG suami isteri direman tiga hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dalam proses mendapatkan perolehan kerja melibatkan nilai ratusan ribu ringgit.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Suspek yang juga penjawat awam berusia 30-an disyaki mengesyorkan syarikat milik ibu bapanya yang diuruskan oleh isterinya berusia 40-an bagi mendapatkan perolehan kerja di sebuah jabatan kerajaan di Terengganu sejak 2019.

Pasangan itu masing-masing ditahan pada jam 6 petang dan 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.

Dalam operasi semalam SPRM juga berjaya merampas beberapa kenderaan mewah milik pasangan tersebut yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang disiasat dan semuanya dianggarkan bernilai lebih RM100,000. – SM

BACA Suami isteri direman lima hari buat tuntutan palsu RM1.18 juta

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button