Agama

Amalkan amanah, integriti teras tadbir urus – Raja Perlis

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mengingatkan mereka yang memegang jawatan penting dalam agensi kerajaan mahupun agensi berkaitan kerajaan agar mengutamakan nilai amanah dan integriti dalam setiap tindakan dan tadbir urus.

Tegas Tuanku Syed Sirajuddin, mereka yang diberikan amanah harus sedar bahawa sesuatu jawatan merupakan amanah negara dan rakyat dan mereka harus mengelakkan diri daripada mengambil kesempatan untuk kepentingan diri atau keluarga.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menerima sembah mengadap hormat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri di Balai Menghadap Biru Istana Arau tengahari tadi.

Turut diperkenan mengadap adalah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Mengiringi baginda adalah Mufti Negeri Perlis, Prof Madya Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Haji Hazman Hassan.

Zulkifli turut mempersembah maklum mengenai prestasi terkini 1 tahun beliau sebagai Menteri di Portfolio Agama selain turut memaklumkan mengenai peruntukan bagi suku tahun pertama 2021 JAKIM dan Agensi di bawah beliau yang disalurkan ke Negeri Perlis.

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button