KesihatanNegeriPenyakitRencah Hidup

Rakyat Perlis ‘Jangan Mula Merokok’!

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan bantuan MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Utan Aji, Kangar.

RAKYAT Perlis dinasihatkan supaya ‘Jangan Mula Merokok! kerana asap rokok mengandungi 4,000 jenis bahan kimia 200 daripadanya beracun dan 63 lagi menjadi punca kanser.

Setiap batang rokok yang dihisap itu mengandungi bahan kimia beracun yang akan menyerap ke dalam tisu dan organ badan yang menjadi penyebab kanser mulut dan kanser tekak.

Rokok Membunuh! Jadi hargailah diri kita sendiri dengan membuat keputusan dengan bijak demi kesihatan masing-masing.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bersalaman dengan kanak-kanak ketika mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Utan Aji, Kangar.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli yang turut disertai oleh ketua-ketua jabatan dan agensi Negeri serta Persekutuan di sekitar Utan Aji.

Kayuhan amal itu merupakan aktiviti mingguan yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang bertujuan untuk menyantuni asnaf dan menghulurkan bantuan membantu mereka dalam usaha membasmi kemiskinan di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada para asnaf terpilih pada edisi kali ini yang menerima sumbangan MAIPs berupa wang tunai RM700, Kits MAIPs Peduli dan juga sekampit beras Fidyah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan bantuan MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Utan Aji, Kangar.

Para asnaf tersebut ialah Nab Sanapi, 87 dari Kampung Binjal, Che Asian Taib, 59 dari Kampung Sentua dan Putih Omar, 69 dari Kampung Gunung Medan.

Raja Muda juga berkenan melawat ke lokasi View Point Gunung Medan yang merupakan salah satu tarikan baru negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama pasukan Kayuhan MAIPs Peduli yang diketuainya berkenan meninjau View Point Gunung Medan.

Pengunjung bukan sahaja berpeluang menikmati pemandangan flora dan fauna, malah dapat juga menyaksikan panorama matahari terbenam yang merupakan pengalaman cukup mengujakan.

Baginda bersama pasukan kayuhan juga menunaikan solat Maghrib di puncak Gunung Medan. – SM

(Visited 50 times, 6 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button