Nasional

COVID-19: Asymptomatic-satu lagi situasi ‘berperang dengan halimunan’

WABAK COVID-19 menular di seluruh dunia dan ratusan ribu dijangkiti dengan beberapa negara mencatatkan angka kematian yang membimbangkan.

Bermulanya wabak coronavirus ialah dari wilayah Wuhan, China sejak akhir tahun lepas dan keadaan menjadi semakin teruk pada Februari tahun ini.

Selain China, Itali, Sepanyol dan Jerman tidak terkecuali daripada melihat seorang demi seorang rakyatnya mati akibat jangkitan pendamik COVID-19.

Baru-baru ini, China mengeluarkan data terkini yang merisaukan iaitu 1,300 kes positif COVID-19 yang asymptomatic. Apa itu asymptomatic?

Asymptomatic  bermaksud tiada simptom. Anda dijangkiti coronavirus dan anda tidak menunjukkan sebarang simptom yang tipikal seperti demam, batuk, susah bernafas. Malahan sakit tekak atau selsema ataupun sakit sakit badan, pun tiada.

Anda menjadi ‘ asymptomatic carrier ‘ bermakna anda membawa dan menyebarkan coronavirus tanpa anda  sendiri sedar ataupun orang keliling anda menyedarinya..

Pihak kesihatan yang berkaitan menganggarkan bahawa ‘ asymptomatic transmission ‘ boleh menyumbang setinggi 25 peratus kes.

Data-data sedia ada sebelum ini menunjukkan ramai antara mereka tiada sebarang simptom atau gejala semasa mereka , disahkan positif.

Sebagai contoh, dalam kes penumpang kapal layar Diamond Princess. Daripada 700 lebih yang diperiksa positif, 46 peratus daripada jumlah itu, tiada sebarang gejala semasa mereka diuji.

Dari jumlah yang asymptomatic ini pula, ada pecahan yang dipanggil ‘presymptomatic ‘ iaitu semasa diuji positif mereka tiada simptom namun beberapa hari selepas itu baru menunjukkan simptom.

Manakala pra-symptomatic ini pula, ramai yang hanya menunjukkan ‘mild to moderate symptoms ‘ sahaja iaitu simptom biasa-biasa seperti demam, batuk yang biasa  atau batuk sedikit-sedikit.

Atas perkembangan kes asymptomatic carrier atau pembawa asymptomatic inilah maka di pihak public health experts, mereka menimbangkan saranan agar semua orang perlu memakai face mask.

Pemakaian face mask atau topeng muka ini bukan hanya oleh mereka yang sakit dan golongan kakitangan kesihatan atau healthcare workers. Ini saranan Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dan atas perkembangan asymptomatic carrier inilah amat pentingnya jarak sosial atau social distancing sekurang-kurangnya satu meter.

Patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan negara kita yang disambung selama dua minggu lagi, bermula 15 April ini.

Masyarakat Malaysia mesti mengurangkan dan meminimakan berjumpa orang lain kerana jarak sosial bukan hanya untuk mereka yang sakit. Yang sihat pun perlu melakukan jarak sosial ini sebab anda mungkin asymptomatic carrier.

Amat pelik melihat perangai manusia yang dibayar gaji penuh dan disuruh buat kerja mudah, stay at home namun susah sangat mereka ini nak patuhi. Bukannya tiada internet, TV di rumah, bukan suruh stay at cave (duduk dalam gua).

Untuk pengetahuan pembaca semua, cara tipikal coronavirus tersebar ialah menerusi ‘respiratory droplets’ yang keluar apabila pesakit batuk atau bersin.

Maka dalam kes asymptomatic carrier, kadar jangkitan agak rendah sebab kemungkinan virus ini untuk keluar dari tubuh pesakit yang tiada simptom ini ialah menerusi wap pernafasan iaitu semasa bercakap atau ketawa. Itulah sebabnya jarak sosial ini penting.

Jangkitan juga boleh masuk menerusi mata selain hidung dan mulut. Kita memakai face mask, mata tidak tutup. Itulah sebabnya kakitangan kesihatan atau healthcare workers memakai face shield. Kalau betul-betul berjaga-jaga semasa keluar, pakailah cermin mata.

Risiko jangkitan masuk ke mata tetap ada walaupun amat rendah iaitu sekitar 1 hingga 2 % (kes-kes simptom COVID- 19 dalam bentuk conjunctivitis atau sakit mata) dan yang memakai cermin mata apabila balik ke rumah, jangan lupa cuci  atau disinfect cermin mata yang dipakai. – SM

(Visited 3,020 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button