Politik

ADUN Rembia kembali ke pangkuan UMNO

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis, yang sebelum ini menyertai PKR, kini kembali ke pangkuan UMNO.

Memetik laporan BH Online beliau hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah, hari ini malah diumumkan sebagai Ketua Penerangan UMNO bahagian itu.

Pengumuman itu dibuat Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Seri Abd Ghafaar Atan di Dewan Hang Kasturi, dekat Selandar di hadapan 180 perwakilan.

Cakap-cakao bahawa  Muhamad Jailani akan kembali menyertai UMNO bertiup kencang sejak bulan lalu, namun beliau mengambil sikap ‘kunci mulut’.

Beliau turut dikaitkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatau selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Muhamad Jailani bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia atas tiket Pakatan Harapan (PH) mewakili PKR.

(Visited 602 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button