Rencah Hidup

Untung Azizan, dapat ‘saham’ pahala haji

MENTOR usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan hanya mengajar ilmu perniagaan malah soal ibadah kepada anak-anak didiknya yang kebanyakan beragama Islam.

Menurut penceramah bebas, Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus, beliau yang ketika ini berada di Tanah Suci mengikuti rombongan Mutiara Travel and Tours yang kebetulan terdapat beberapa orang usahawan di bawah bimbingan Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. itu.

Ustaz Syed Mohd Norhisyam (tiga dari kiri)

“Untung Azizan, selain dapat pahala ajar bisnes, nampak gayanya banyak juga saham pahala ibadah haji bakal diperolehi.

“Allah pertemukan saya dengan beberapa orang murid beliau, ada yang dalam rombongan bersama dan ada datang dengan travel lain. Tapi semuanya menyebut, ‘Doc pesan kepada kami buat haji!’,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook, semalam.

Tambahnya, semoga Allah menerima segala amalan kita semua.

“Saya perasan, ada beberapa persamaan yang ada pada mereka (anak-anak murid Azizan) ini.

“Pertama, pandai bisnes; mudah mesra dengan sesiapa sahaja; suka berbuat kebaikan terutamanya bersedekah dan senyumannya manis,” ujarnya lagi.

Menerusi perkongsian itu, Ustaz Syed Mohd Norhisyam juga mengucapkan tahniah kepada mentor usahawan itu dan moga terus berjaya melahirkan lebih ramai usahawan jutawan yang barakah.

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button