Nasional

Raja Puan Muda Perlis berangkat ke Program Kasih II Home Help Services

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri ‘Program Kasih II Home Help Services Dan Khidmat Komuniti Bersama DYTM Tuanku Raja Puan Muda Muda Perlis Tahun 2020’ anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Mahmudiah, Bukit Keteri, Padang Besar pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda ke program melibatkan lebih daripada 200 orang peserta itu disambut oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia, Zulkifli Ismail dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis Mohammad Hazam Ismail

Turut diadakan ialah ‘Kayuhan Kasih Homehelp Services dan Khidmat Komuniti’ yang mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan disekalikan dengan ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke 3 bagi tahun 2020 ini dan turut disertai sama oleh anakanda kedua baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut Hazam, salah satu objektif utama aktiviti ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota masyarakat dan pemimpin-pemimpin setempat serta ketua-ketua Jabatan di negeri ini berkaitan ‘Program Khidmat Bantu Di Rumah’ yang disediakan oleh pihak Kementerian dan Jabatan beliau.

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button