Luar Negara

Imran Khan diburu pihak berkuasa, hina SPR Pakistan

ISLAMABAD: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pakistan mengeluarkan waran tangkap tidak boleh dijamin ke atas Imran Khan, sekali gus menjadikannya dakwaan terbaharu ke dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Al Jazeera melaporkan, waran yang dikeluarkan di Islamabad itu mendakwa,Imran Khan telah menghina SPR dan gagal menghadiri prosiding walaupun sudah mendapat notis dan waran sebelum ini.

Parti pimpinan Imran Khan, Pakistan Tehreek-e-Insaf yang memuat naik gambar waran tersebut di media sosial berkata, waran berkenaan diterima di kediaman Imran Khan di Lahore oleh seorang ahli pasukan guamannya.

“Notis Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan telah diterima di kediaman Pengerusi Tehreek-e-Insaaf. Notis tersebut diterima oleh Rai Muhammad Ali iaitu seorang daripada anggota pasukan guaman.

“Suruhanjaya Pilihan Raya telah meminta Pengerusi Tehreek-e-Insaf hadir pada 25 Julai. Pengerusi Tehreek-e-Insaf akan hadir di hadapan Suruhanjaya Pilihan Raya esok,” kata hantaran tersebut pada Isnin.

Pemimpin politik berusia 70 tahun itu didakwa telah mengeluarkan “kata-kata kurang sopan dan menghina” badan penyelaras pilihan raya negara itu.

Pada Mei lalu, Imran Khan ditahan pihak berkuasa negara itu berhubung kes rasuah sekali gus mencetuskan pergolakan berdarah di seluruh Pakistan.

Beliau, bagaimanapun, dibebaskan dengan jaminan beberapa hari kemudian.

Imran Khan berdepan dengan lebih 150 pertuduhan sejak disingkirkan daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri Pakistan dalam undi tidak percaya di Parlimen pada April lalu.

Antara pertuduhan terhadap beliau termasuk kes rasuah, pembunuhan dan hasutan.

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Pakistan dilaporkan berkata, kerajaan negara itu juga akan membuka prosiding jenayah terhadap beliau atas pertuduhan mendedahkan rahsia rasmi, berhubung komunikasi diplomatik antara Washington dengan Islamabad. – Agensi

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button