NasionalPendidikan

Unimap-Mampu jalin kerjasama Pusat Data Sektor Awam

UNIVERSITI Malaysia Perlis (Unimap) manfaatkan teknologi simpanan tanpa had menerusi perkhidmatan awan (cloud) sebagai kaedah baharu penyimpanan data termasuk maklumat pelajar.

Penyimpanan data menerusi teknologi cloud dijangka mampu meningkatkan keupayaan fasiliti digitalnya dengan mengurangkan kos operasi dan pemulihan akibat bencana.

Oleh demikian Unimap menjadi institusi pengajian tinggi yang pertama bekerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri.

Dalam kerjasama strategik itu, Unimap dapat mempertingkatkan pengurusan data dalam perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) bersama Mampu.

Kerjasama tersebut diharap menjadi pemacu kecemerlangan dan kemudahan prasarana digital di Unimap.

BACA > Penjara hingga 15 tahun terhadap pemandu mabuk sebabkan kematian – Suara Merdeka

Penggunaan teknologi cloud itu juga disifatkan sebagai selaras dengan Agenda Transformasi Digital Unimap yang dirancang pada tahun lalu.

“Pusat Data yang disediakan oleh PDSA Mampu akan menyaksikan 95 peratus sistem aplikasi di Unimap akan dipindahkan ke perkhidmatan awan.

“Semua server dan data yang berkaitan akan disimpan di cloud storage di PDSA yang tiada had storan.

“Selain ia juga mampu menjimatkan kos disaster recovery serta pengemaskinian perisian VMWare terkini.”

Demikian kata Naib Canselornya, Prof Dr. R. Badlishah Ahmad dalam ucapan ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan PDSA antara Unimap dan Mampu di Hotel Hilton, Kuala Lumpur hari ini.

Mampu dalam kerjasama tersebut menyediakan empat lokasi server bagi penyimpanan data Unimap iaitu Kulim, Nilai, Putrajaya dan Cyberjaya.

BACA > Tun M harap kerajaan bangunkan Bukit Malut – Suara Merdeka

Beliau menambah, dengan rangkaian simpanan data secara remote itu membolehkan Unimap meneroka perubahan keadaan dalam aspek teknologi membabitkan organisasi awam atau swasta.

Justeru beliau juga berharap, kerjasama strategiknya dengan Mampu dapat meneruskan agenda tranformasi digital yang lebih optimum.

“Melalui kerjasama dengan Mampu, Unimap berharap akan menerusikan lagi agenda transformasi digital ke tahap yang lebih baik.

“Bagi memastikan inisatif persekitaran kerja digital, cloud service dan inisatif pendigitalan penyampaian perkhidmatan dapat ditingkatkan,” ujarnya

Jelas beliau lagi, pendigitalan dalam pelbagai sektor kini signifikan terutama dalam dunia yang sedang menghadapi pandemik Koronavirus (Covid-19).

Malah menurut beliau, masalah sistem komunikasi dapat dilihat apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA > UniMAP lindungi 32 harta intelek dengan kos minim – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

“Saya memetik satu kajian mengenai PKP dalam sektor ekonomi apabila kira-kira 670 syarikat memaklumkan mempunyai masalah komunikasi.

“Mereka sukar untuk berhubung dengan pelanggan dan pembekal ketika PKP. Masalah itu dihadapi kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana.

“Sementara syarikat-syarikat besar mengambil kesempatan untuk meningkatkan sistem komunikasi mereka.

“Malah menggalakkan pekerja mereka untuk membuat panggilan video apabila tiada di pejabat,” katanya.

Bagaimanapun, Unimap dilihat lebih bersedia berhadapan dengan PKP apabila sudah pun bergerak ke arah digital bermula dengan memanfaatkan kemudahan daripada Google, GSuite for Education.

“Inisatif yang dimulakan sebelum ini adalah transformasi emel rasmi Unimap melibatkan staf dan pelajar.

“Ia menggunakan perkhidmatan emel percuma Google serta inisiatif kampus tanpa tunai yang dimulakan sewaktu Istiadat Konvokesyen pada tahun lalu.

“Unimap turut meningkatkan keupayaan jalur lebar daripada kelajuan 2 gigabit sesaat (Gbps) kepada 10 Gbps.

BACA > UniMAP peroleh geran penyelidikan bernilai lebih RM15 juta – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

“Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif memperkasakan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) Unimap sepanjang tempoh PKP lalu,” ujarnya. – SM

(Visited 456 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button