JenayahNasionalNegeri

Lelaki lapor polis dakwa telefon pintar Jaringan Prihatin dicuri

SEORANG lelaki mendakwa telefon pintar yang sepatutnya diterima isterinya menerusi inisiatif kerajaan, Program Jaringan Prihatin dicuri pekerja kurier.

Ini kerana parcel diterima di kediamannya di Johor Baharu, Johor semalam hanya berisi sekeping kad sim yang sepatutnya ada bersama telefon pintar berkenaan.

Shahrul Razi Idham Pouzan, 33, menerusi satu hantaran dalam Facebook memaklumkan, isterinya, Nurul Hadini merupakan seorang penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan layak memohon telefon pintar percuma program berkenaan.

Kemudian, isterinya membuat permohonan telefon pintar model Vivo Y20 percuma bersama dengan pelan rangkaian Celcom berjumlah RM58.

Bagaimanapun, Shahrul Razi memaklumkan Nurul Hadini sudahpun membuat bayaran sebanyak RM58 secara dalam talian (online) bagi menggunakan pelan rangkaian Celcom sebelum dibenarkan menuntut telefon pintar berkenaan.

Usai proses permohonan dan bayaran, mereka kemudian menerima maklumat penghantaran telefon pintar bersama kad sim Celcom berserta nombor nombor konsainan bagi tujuan penjejakan.

“Tetapi saya tunggu lagi dan akhirnya barang sampai. Tetapi saya terkejut kerana hanya kad sim sahaja yang sampai. Handphonenya mana?

“Saya tanya kepada penghantar barang terbabit, namun dia pun tak tahu. Katanya ‘saya dapat macam ini, saya hantar macam ini’.”

Kata Shahrul Razi, yang mendakwa dia dan isteri terpaksa menunggu lama kerana parcel berkenaan dikatakan lewat diproses oleh pihak kurier untuk dihantar kepada isterinya.

“Tunggu punya tunggu, barang sangkut dekat hub. Kemudian isteri saya hubungi syarikat kurier. Pekerja kurier menjawab dan memaklumkan satu nombor telefon yang tidak diketahui, sedangkan itu bukan nombor isteri saya.

“Kemudian, pekerja itu kata, mungkin isteri saya salah letak nombor telefon. Lalu isteri saya beri nombor telefon sebenar. Boleh pula mereka bagi alasan salah letak nombor telefon,” jelasnya.

https://www.facebook.com/idham.fara.9/posts/3936431289727328?__cft__[0]=AZVC2892C0hOml9ABVkEI8zH-rh_FiomHTpS4zgy8IUXfHicjaOyzK3VivJ1Fo4ykh_lq0xeoqHvxY8fscANYGQZCLFSyUTTqE_m6lx5nRRV-43EKMg7EQVIzVh7EIYIVgY&__tn__=%2CO%2CP-R

Shahrul Razi yang tidak berpuas hati dengan kehilangan telefon pintar yang sepatutnya diterima isterinya itu bertindak membuat laporan polis kerana mendakwanya sebagai pecah amanah terhadap telefon pintar yang diberikan kerajaan melalui Program jaringan Prihatin.

Terdahulu, dalam Belanjawan 2021, kerajaan mengumumkan bantuan Program Jaringan Prihatin iaitu pemberian telefon pintar percuma kepada rakyat Malaysia yang layak.

Sebanyak RM3.5 bilion diperuntukkan bagi membantu sekitar 8.4 juta juta penerima BPR melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.

Program Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta 12 syarikat telekomunikasi di Malaysia. – SM

(Visited 448 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button