Luar Negara

Covid-19 boleh menyebabkan strok, keradangan

KAJIAN awal terhadap pesakit yang dijangkiti Covid-19 mendapati penyakit itu boleh merosakkan otak hingga mengakibatkan komplikasi seperti angin ahmar, keradangan dan paling teruk ialah gejala demensia.

Perkara itu diberitahu Profesor Kolej Universiti London, Sarah Pett yang membuat kajian bersama beberapa pakar kesihatan yang lain.

“Ini adalah gambaran penting mengenai komplikasi otak berkaitan Covid-19 pada pesakit yang dirawat di hospital.

“Buat masa ini memang kita akan terus mengumpulkan maklumat bagi benar-benar memahami virus Covid-19 ini,” katanya seperti dilaporkan SCMP.

Kajian yang dilakukan pasukan perubatan yang diketuai oleh penyelidik dari Universiti Liverpool, Benedict Michael itu melihat secara terperinci kesan Covid-19 terhadap semua pesakit.

BACA> Menara Eiffel dibuka semula selepas 104 hari ditutup

Data dikumpulkan antara 2 April dan 26 April lalu – ketika penyakit ini merebak secara meluas di Britain.

Menurut Pett, komplikasi otak yang paling biasa dilihat ialah strok, yang melibatkan 77 orang daripada 125 pesakit.

“Dari jumlah tersebut, kebanyakannya ialah pesakit berusia lebih dari 60 tahun dan kesan itu terjadi disebabkan oleh gumpalan darah di otak, yang dikenal sebagai stroke iskemia,” katanya.

Jelasnya, kajian itu juga mendapati bahawa 39 dari 125 pesakit menunjukkan tanda-tanda kekeliruan atau perubahan tingkah laku yang mencerminkan perubahan keadaan mental

BACA> Thailand bakal lanjut perintah darurat

Ujarnya, dari jumlah tersebut, sembilan mengalami disfungsi otak yang tidak ditentukan, yang dikenal sebagai ensefalopati, dan tujuh mengalami keradangan otak, atau ensefalitis.

Sementara itu, Michael pula mengatakan penemuan kajian tersebut merupakan langkah awal yang penting untuk menentukan kesan Covid-19 pada otak.

“Kita sekarang memerlukan kajian terperinci untuk memahami kemungkinan mekanisme biologi supaya kita dapat menemui penawar bagi Covif-19,” jelasnya. -SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button