Politik

Dr. Mahathir mahu tubuh kerajaan tidak berpihak kepada parti politik

PERUTUSAN KHAS: TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA

1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan
politik Negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tuantuan dan puan-puan.

2. Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana
Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan
Agong.

3. Walaubagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong kemudiannya,
dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat
peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri
Interim.

4. Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa
saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat
memilih pihak mana yang saya pilih.

5. Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila
kuasa.

6. Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and
end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an
end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk
kebaikan negara.

7. Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang
terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan
Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong
saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana
saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.

10. Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan
Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini
Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

11. Kesannya jika BERSATU sokong PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan
diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.

12. Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO
akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya.
Maka terpaksalah saya letak jawatan.

13. Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika
peletakan jawatan oleh saya adalah salah.

14. Yang diPertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai Perdana Menteri sementara.
Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh
ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya
hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

15. Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi
masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

16. Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa
sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada
mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

17. Jika diizin inilah yang akan saya cuba.

18. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini.
Sekian, terima kasih.

(Visited 227 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button