Politik

Keputusan PRK Kimanis tiada liputan khusus di TV

Analisis

MENTERI membisu dan tiada laporan khusus keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis dalam media arus perdana.

Begitulah disenyapkan keputusan PRK Kimanis, mungkin penganalisis dan politikus sudahpun menjangkakan siapa yang akan menang dalam pertandingan dua penjuru itu hari ini.

Tetapi nada sebelum ini adalah berbeza apabila pelbagai isu antara kedua-dua parti diketengahkan.

Isu yang paling panas sudah pasti Pas Sementara Sabah (PSS) sehingga wujud adegan tuduh menuduh antara kedua-dua parti.

PSS adalah isu yang menggusarkan rakyat Sabah, kebanjiran pendatang asing membimbangkan mereka dalam pelbagai aspek termasuklah keselamatan.

Namun apabila PSS bakal diluluskan pada Jun nanti, rakyat Sabah takut dan enggan berkongsi hak dan keistimewaan mereka dengan pendatang asing.

Mungkin Kerajaan Negeri atau Parti Warisan gagal menjawab isu tersebut dan meyakinkan rakyat Sabah.

Bagaiamanpun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila mereka menuduh PSS adalah cadangan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah.

Selain itu, pelbagai momokan turut diberi antara satu sama lain. Tidak terkecuali ‘Bossku’ turut menjadi sasaran serangan oleh ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang.

Isu yang turut mencetus perang antara BN dan Pakatan Harapan (PH) di Kimanis adalah Lebuhraya Pan Borneo.

Tuduhan pertama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap perkembangan pembinaan jajaran lebuh raya itu dianggap palsu oleh Kementerian Kerja Raya.

Jawapan itu menyebabkan Najib terpaksa meninjau sendiri dan menggunakan pengaruh media sosialnya untuk memperlihatkan perkembangan sebenar pembinaan lebuh raya itu.

Bagaimanapun satu persoalan masih belum dirungkai, adakah benar kemenangan yang diperoleh BN dalam PRK sebelum ini dan Kimanis adalah kerana parti itu kembali berpengaruh?

Ataupun ia sebenarnya menggambarkan manisfestasi kemarahan rakyat terhadap kerajaan semasa? – SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button