NasionalNegeri

Pegawai JPN Pekan Tak Peduli Kesusahan Pelanggan Semasa PKP, Ikut Prosedur Membuta Tuli

Siapa sangka isteri bersalin semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan usaha sang suami untuk mendaftarkan kelahiran anak menjadi satu bala yang cukup besar.

Lebih-lebih lagi apabila berurusan dengan manusia yang ikut prosedur membuta tuli dan cuma fikir dia sahaja yang betul dan hujung bulan terima gaji macam biasa.

Seorang pengguna Facebook, Sakran Sapie meluahkan rasa kecewa terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pekan kerana terpaksa melalui pengalaman yang sangat memualkan.

Berdasarkan perkongsiannya, pengguna Facebook lain juga melontarkan rasa kesal kerana di mana-mana jabatan kerajaan pasti ada manusia yang menyusahkan orang lain dan golongan ini seharusnya dihapuskan.

Golongan pegawai dalam kerajaan yang menyusahkan pelanggan yang terdiri daripada orang awam harus diganti dengan manusia yang lebih mesra pelanggan dan berintegriti.

Berikut adalah perkongsian daripada Sakran Sapie dan diharap dengan kuasa media serta gabungan kuasa viral netizen, JPN memandang serius akan permasalahan ini :

Bersalin Waktu PKP & Daftar Kelahiran Anak

Awas, agak panjang menaip kali ni. Sambil nak meluah perasaan ke pihak JPN, atau lebih spesifiknya kepada Pegawai JPN Pekan yang membuta tuli ikut prosedur, tanpa ambil maklum kesusahan orang awam, tanpa ambil kira dengan kesulitan orang awam dalam tempoh PKP ni.

Kat bawah ni juga saya ada selitkan perkongsian orang yang menerima nasib sama di tempat lain. So ceritanya, anak saya lahir 22/5/21.

Nak ke JPN kena dapatkan temujanji melalui https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/ .

Done, berjaya dapatkan temujanji pada 04/06/2021. Pastu kena PKP 3.0 seluruh negara. Temujanji automatik batal. Terpaksa tunggu JPN buka semula. Lepas banyak kali mencuba, akhirnya dapat mohon semula pada 15/06/21 dan berjaya dapatkan temujanji pada 06/08/21, jam 4.10ptg. Slot tu je yang available masa tu.

So pada Jumaat 6/8/21 waktu di meja guard/RELA bertugas, dia tanya anak encik lahir bila? Tunjuk borang then dia kata ni dah lebih 60 hari kena bawa surat sumpah ibu dan bapa. Bukti cop hospital ni tak cukup. Terus saya minta dia panggil staff JPN untuk saya explain situasi. Sebab staff JPN tu bertegas tak terima pendaftaran kelahiran, saya mula tinggi suara sikit. Berlaku ketegangan sikit kat situ.

Memang angin jugak la dgn staff JPN tu , sebab kita dah la tunggu appointment 2 bln. Boleh pulak dia taknak terima sebab nak surat sumpah ibubapa. Atas alasan kelahiran anak dah lebih 60 hari. Bila tanya sejak bila kena buat gini, buat surat sumpah bagai..bukan salah kita sebab PKP, office JPN tutup.

Lepas tu dia bagitahu “Dah setahun lebih encik.. encik pun bukan pertama kali kan daftar anak!” Saya geram terus sound semula..Puan..org beranak bukan tiap-tiap bulan, bukan selalu datang JPN sampai boleh hafal SEMUA prosedur pendaftaran. Mana kita tahu kena buat surat sumpah kalau lebih 60 hari semua ni.

Lagipun sebab PKP, kita tak dapat datang tanpa appointment. Kenapa tak tulis BESAR2 kat website temujanji tu… SILA BAWA SURAT SUMPAH SIAP2 JIKA LEBIH 60 HARI ANAK DILAHIRKAN DALAM TEMPOH PKP! Tak ke menyusahkan orang datang dari jauh.. ambik masa tunggu appointment… dah dapat appointment tak boleh daftar pulak.

Then dia jawab, ‘Sama je encik..kalau org asli tu lagi jauh datang…sama je kita mintak surat sumpah jugak…’
Terus saya jawab sedas lagi…”Haa..tidak ke nyusahkan ke orang kalau buat gitu.. bukan salah kami saja2 nak daftar lewat lebih 60 hari… kata dah lebih setahun mcm ni.. kenapa dalam meeting dengan Pengarah tak bagi feedback org awam pasal ni…for sure ini bukan kes pertama hadap pelanggan yang taktau kena bawa surat sumpah ni.

Sekurang2nya naikkan notis kat mytemujanji tu.. bagi info siap siap, sediakan surat sumpah dulu.. Ni saya dah dapat appointment bulan 6 aritu..tapi auto cancel sebab PKP. Jadi bukan saja saja saya nak daftar lambat…”

Lepas tu dia jawab pulak.. ‘Ooo kalu mcm tu saya boleh guna budibicara utk terima kes encik…tapi kena tunjuk bukti appointment bulan 6 tu… ‘

Aduss…masalahnya tak bawak la pulak slip temujanji tu .. minta dia cek dalam sistem..tak boleh katanya. (Padahal ada je list nama yg mereka print hari-hari letak atas meja RELA tu, so benda tu possible kalau nak cek).

Sambil tu dalam hati saya, boleh pulak dia kata macam tu, maknanya tanpa suratsumpah tu dia boleh terima atas budibicara. Lagipun sebab PKP kan.. bukan kes biasa pendaftaran lewat. So balik lah dengan hampa.

(sebenarnya panjang lagi dia bercakap, siap petik akta itu ini, perlembagaan itu ini mengenai daftar kelahiran anak lebih tempoh 60 hari bla..bla..tapi saya malas ulas. Sebab nampak sangat dia nak menang dan tunjuk kuasa dia boleh reject pendaftaran kelahiran anak kita tanpa surat sumpah tu. Sikit pun tiada pengakuan yang silapnya, pihak JPN sendiri tak letak notis, perlunya buat suratsumpah tu wpun dalam tempoh PKP korang tak boleh pergi JPN tanpa dapatkan appointment. Dan appointment pulak selalunya penuh hingga 2 bulan akan datang).

Takpe, ni ada backup dlm laptop ni slip bln 6 haritu, siap print dah ni.. hari Isnin ni nak try gi semula bawa slip tu dan nak tau apa dia kata nanti. Geram ni, geram. 2 bulan lebih menunggu appointment. Anak tak berdaftar lagi ni. Untuk urusan insurans ke apa ke semua tak boleh. Nasib gi klinik takde masalah. Guna nama mak/ayah dulu. Nama anak belum sah sebab tiada sijil lahir.

Kena Tulis Pendaftaran Lewat Kelahiran

Menerusi perkongsian yang sama, Sakran Sapie turut menampal pengalaman buruk pelanggan lain namun kejadian adalah di lokasi yang berbeza :

Bersalin waktu pkp. Nak buat surat beranak JPN tutup. Appointment paling terdekat yang dapat tarikh 4 August 2021. Lebih 60 hari terpaksa lah buat akuan sumpah walaupun bukan salah kita.

Rumit penat pening, tanya sana, tanya sini, google sana, google sini sebab nak tahu cara buat sijil kelahiran anak.
1 August 2021 aritu ada nampak org post dekat group tanya pasal benda ni lah.

Sekali nampak ade org komen kena pergi mahkamah majistret jumpa pesuruhjaya sumpah. Call mahkamah majistret tnya masih ada kuota kosong, had 1 hari hnya 25 org/psgan sahaja, kebetulan masa tu ade kekosongan lagi.

Pecut naik moto anak2 tinggal dekat mak sekejap, skali sampai guard ckap dh tutup sbb dh penuh kuota.
Kecewa sikit lahh dari sijangkang pecut ke banting tak cukup laju 😂

Call balik mahkamah dia rekemen kita suh gi buat dkat luar punya dia bagi nombor tel pesuruhjaya sumpah yang luar mahkamah punya dekat area banting jugak.

Then pergi jumpa, dia bagi borang lepas tu dia cop buat untuk diri sndri punya. Suami punya lupa nk buat sebab xtahu yang borang akuan sumpah tu suami isteri kena isi dan tandatangan tapi dia ada cakap tak tahu lah borang sy boleh pakai ke tak.

Sepatut nya awk kena ambil borang di JPN atau pun online baru awk boleh bawak borang tu ke sy untuk sy isi dan cop.

Pagi tadi smpai JPN. Pegawai dia tnya mna awk dpat borang ni puan. Kita cuma pakai borang yg dari kita shj untuk pesuruhjaya sumpah cop. Borang awk bwak ni walaupun dh di cop Tak boleh pakai ye sebab kita cuma terima borang kita sahaja.

Blur jap kat situ 😂 Dia bagi 2 borang untuk suami isteri. Bawak dekat pesuruhjaya sumpah tingkat 2. Nty pesuruhjaya sumpah cop, bayar RM8. SETTLE!

Mujur office dia ade dalam UTC selangor. Xyah nak mencari2. Dah settle cop bawak balik borang akuan sumpah dengan sgala borang lain yg di bagi arahan photostate serta buku pink dekat kaunter..

Taraaa 10 minit dh siap dapat sijil. Alhamdulillah settle dh xpayah nk pening2 lagi. Pkp punya hal JPN TUTUP, Daftar lewat lebih 60 hari, Kita yg susah. Ayaaaaaa!

So sapa yang urusan nak buat sijil kelahiran anak, nak urusan di permudahkan pergi JPN mintak borang akuan sumpah yang dari JPN. Baru isi nama sign dan cop. Bawak dekat JPN borang yang dh complete. Tak smpai 10 minit dh siap dapat sijil. Boleh balik dah. Sekian 😉

Btw mykid dah takde, kata org dekat kaunter tu dah di mansuh kan Dan yang tak best nya dekat sijil kelahiran tu
dia tulis ‘PENDAFTARAN LEWAT KELAHIRAN’ walaupun bukan salah kita.

Edit : Sy ada baca di bahagian komen Mykid di hentikan smentara waktu Untuk di perbaharui
Kemungkinan awal February 2022 baru mykid akan ada balik.

**Kredit kpd Pn. Harifaz Zafirah

P/s : Petikan tulisan diambil secara terus tanpa suntingan (asli) dan kesalahan ejaan atau tatabahasa mungkin berlaku kerana ia ditulis untuk perkongsian media sosial, bukannya penulisan rasmi.

(Visited 707 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button