Jenayah

Jamal jelaskan nasib Asri Janggut sama sepertinya

ISU laporan dan aduan mengenai pusat judi pernah dilaporkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos sebelum ini.

Beliau dahulu dikatakan pernah mendedahkan kegiatan perjudian haram di sekitar Ampang, Selangor pada 2016.

Namun, selepas aduan dibuat, beliau Jamal pula sebaliknya ditahan kerana menceroboh premis perjudian itu.

Justeru beliau menganggap nasib yang dialami peniaga dan pengasas Hot Burger, Mohd. Asri Hamid sama sepertinya.

Menurutnya, Mohd. Asri atau Asri Janggut sebagai pendedah maklumat sepatutnya dilindungi tetapi perkara sebaliknya pula berlaku apabila beliau disoal siasat.

BACA > Suspek conteng mural masih belum dikesan – Suara Merdeka

“Saya nak maklumkan, apa yang berlaku kepada Asri Janggut dengan apa yang berlaku kepada saya tahun 2016 tidak jauh bezanya.

“Saya adalah orang yang memberikan maklumat kepada pihak polis tetapi akhirnya saya didakwa, dituduh.”

Demikian kata Jamal dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Balai Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini.

Memetik laporan portal Malaysiakini, beliau membuat laporan polis bagi menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara menyemak semula pendedahannya.

Laporan polis itu juga dibuat bagi membersihkan namanya dan rakannya yang terlibat dalam mendedahkan kegiatan judi haram itu.

Jamal sebelum ini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

BACA > Isu tokey burger dan MBSA, peniaga kecil mengeluh hilang pendapatan – Suara Merdeka

Hal demikian kerana beliau dituduh melakukan pencerobohan terhadap dua buah premis perjudian di Taman Kosas, Kuala Lumpur pada Disember 2016.

Disebabkan kes itu beliau ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana jaminan terhadapnya ditarik balik oleh majistret di Mahkamah Majistret Ampang.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

“Saya ni orang yang memberikan maklumat. Tapi saya yang pula dizalimi.

“Jadi hari ni saya buat laporan dan sidang media untuk tuntut keadilan bagi pihak saya bersama dengan sembilan rakan-rakan atau anak buah saya yang lain.

“Cukuplah kami dah kena lokap, dibicarakan, bayar jaminan melibatkan puluhan ribu ringgit.

BACA > Sepatutnya polis bagi bunga pada saya – Suara Merdeka

“Jadi saya berharap pihak kerajaan, pihak peguam negara tarik balik pertuduhan yang saya dedahkan.” tegasnya. – SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button