JenayahNasionalNegeri

SPRM reman dua kakitangan Pejabat Perbendaharaan Perlis

SUBAHAT dua rakan sekerja demi “duit” akhirnya terbongkar juga umpama “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”.

Inilah yang berlaku ke atas seorang Penolong Akauntan (suspek pertama) dan seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (suspek kedua) yang bertugas di Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis apabila disyaki telah menyalah guna kuasa dan melakukan penyelewengan wang sebanyak RM297,734.64.

Pegawai SPRM membawa suspek kedua keluar dari Mahkamah Kangar selepas mendapat perintah reman.

Keduanya telah ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, petang semalam.

Berikutan itu SPRM Perlis hari ini memohon dari Mahkamah Majistret Kangar bagi menahan reman kedua-dua lelaki yang berusia 44 tahun itu.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor telah membenarkan perintah reman selama tiga hari mulai hari ini.

Sumber SPRM Perlis berkata, dua suspek ini adalah sebagai Pelulus Sistem iSPEKS di Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis di mana telah meluluskan sejumlah besar transaksi yang sepatutnya dibayar kepada syarikat pembekal yang dilantik oleh jabatan di bawah Kerajaan Negeri Perlis.

Katanya, sebanyak 51 transaksi telah dilakukan oleh suspek pertama mulai Mac 2018 hingga Mei 2019 di mana dia telah menggunakan nombor akaun ibu mertuanya.

Kedua suspek yang merupakan kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis dibawa masuk ke Mahkamah Kangar oleh pegawai SPRM bagi mendapat perintah reman.

“Suspek pertama memang memegang kad ATM ibu mertuanya kerana ditugaskan mengambil wang pencen apabila diperlukan,” katanya.

Katanya, dari transaksi ini suspek pertama telah memperoleh lebih kurang RM247,000 dan RM50,000 lagi kepada suspek kedua sebagai upah kerana bersubahat.

Kedua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009. – SM

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button