Politik

Isu ‘guna jawatan’ Armada kena ‘boo’?

TERDAPAT dua isu yang dipercayai menyebabkan Angkatan Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di kecam di Slim, Perak.

Kejadian ejekan ‘boo’ yang diterima Armada ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim dipercayai berpunca daripada isu integriti.

Salah satu paling ketara adalah berkaitan kenyataan ‘itulah guna jawatan’ yang dikeluarkan sendiri oleh Ketua Armada Nasional, Senator Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Kenyataan sedemikian dikatakan menjadi ‘permainan’ beliau ketika berkempen bagi perebutan jawatan Ketua Armada Nasional dalam pemilihan Bersatu.

“Memang tidak cantik wakil Armada PPBM (Bersatu) kena ‘boo’ di majlis pelancaran jentera Pemuda BN PRK DUN (Dewan Undangan Negeri) Slim.

BACA > UMNO, Pas, Bersatu: ‘Say no’ pada perpecahan – Annuar – Suara Merdeka

“Apatah lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) telah umum, PPBM akan sertai Muafakat Nasional.

“Tetapi kenapa kena ‘boo’? Mesti ada sebab musabab.

“Sebenarnya mereka meluat melihat pemimpin muda PPBM suka lepas cakap dan show off.”

Demikian kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) di sana bagi pilihan raya DUN Slim.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa imej yang dibawa pemimpin Armada itu bersama kenyataan sedemikian menjejaskan keredibiliti integriti kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ini kerana menurutnya, PN yang diterajui Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selama ini mementingkan integriti dan menolak rasuah.

BACA > Dr. Noor Hisham dianugerah gelaran Tan Sri – Suara Merdeka

Justeru, kenyataan dalam kempen Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini adalah bertentangan dengan prinsip yang dibawa Muhyiddin.

“Tingkah laku beberapa pemimpin muda PPBM itu boleh menjejaskan imej kerajaan PN.

“Contohnya, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal.

“Semasa berkempen jawatan Ketua Armada PPBM, UMNO jadi ‘punching bag’ beliau.

“Dia juga dicemuh kerana berjanji gunakan jawatan untuk bantu kawan kawan. ‘Itu gunanya jawatan’ dakwa Wan Ahmad Fayhsal.

“Tetapi ‘untuk bantu kalian, bantulah saya juga. Menangkan saya. Undilah saya calon Ketua Armada nombor 01’ mintanya.

BACA > Muafakat Nasional: Bersatu jangan tak terdakap tangan… – Suara Merdeka

“Itu bukan rasuah? Yang lucunya, Wan Ahmad Fayhsal dakwa, Bersatu adalah parti keberkatan. Sebab itu dalam tempoh 3 tahun PPBM dapat dua Perdana Menteri,” tempelaknya.

https://www.facebook.com/drpuadzarkashi.official/posts/10158469398133609?__tn__=-R

Selain itu berkaitan Wan Ahmad Fayhsal, Mohd. Puad turut memaklumkan Ketua Armada Tanah Merah juga terpalit dengan isu sedemikian.

Menurutnya, ia juga berkaitan dengan kempen pemilihan Bersatu apabila Ridhwan Nordin dikatakan menggunakan aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Seorang lagi ialah Ridhwan Nordin. Ketua Armada Tanah Merah. Dia viral fotonya naik pesawat TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) bersama YB Ikmal Hisham yang juga Timbalan Menteri Pertahanan.

“Tujuannya ialah untuk berkempen pemilihan parti PPBM.

“Semua itu menjejaskan imej kerajaan PN. Sebab itu kena ‘boo’.

ARMADA

BACA > Putra Perak buat laporan SPRM terhadap Ahmad Fayhsal – Suara Merdeka

“Jangan kerana ‘nila setitik rosak susu sebelanga’. Kena boo dalam majlis BN ok lagi. Jangan nanti rakyat yang ‘boo’. Hilang keberkatan,” sindirnya. – SM

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button