Pendidikan

Kalau tak suka ‘ritual agama’ berlebihan, keluarkan anak dari MRSM

Ibu bapa yang tidak suka anak mereka terbeban dengan pelajaran agama di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dicadangkan agar mengeluarkan sahaja anak mereka dari sekolah berprestasi itu.

Cadangan itu dibuat sorang bekas pelajar MRSM, Eswati Azni Jaafar melalui Facebook beliau.  Menurut bekas pelajar MRSM Pasir Tumboh, Kelantan pada 1987 itu, melalui instiusi pendidikan itulah dia mengalami perubahan besar dalam hidupnya.

“Di situlah aku berani mengaku aku betul-betul belajar cara tata sembahyang sebenar-benarnya dan pertama kali mengenali asmaul husna. Segala jenis sembahyang sunat aku belajar walaupun surau dulu hanya berbumbungkan langit sebab masa tu kami hanya mini MRSM.

“Masa tu belum mampu ada surau besar. Sembahyang terawih di tempat pakir kereta sahaja, kalau hujan maka teruskan sahaja tapi kami gembira dan menjadi kenangan yang manis hingga hari ini.

“Agaknya kalau sekarang mesti parent marah gila, anak basah lenjun. Huh millinenial. Tapi aku rasa mak bapak yang spoilkan anak sendiri!” kata Eswati Azni.

Beliau mengulas isu berkaitan MRSM yang kini menjadi tumpuan apabila sebuah portal membuat laporan aduan seorang ibu dan seorang bapa yang mempersoalkan sekolah berasrama kerajaan bereputasi itu terlalu mementingkan amalan-amalan agama sehingga mengganggu pelajaran murid-murid.

Menurut laporan itu, bapa yang hanya dikenali sebagai Amir memberitahu, kegiatan bercorak agama  memakan terlalu banyak masa dan tenaga pelajar sehingga mereka menjadi letih dan lesu di kelas atau semasa mengulangkaji pelajaran.

“Seingat kami tidak pernah anak ke sekolah tahfiz atau sekolah pondok,” kata Amir, bapa seorang pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor.

Seorang ibu pula memberitahu portal berkenaan mengenai pengalaman luar biasa anak perempuannya dengan obsesi terhadap kuasa ghaib di sekolahnya.

“Anak saya dituduh malas mengaji dan didakwa ada gangguan jin sehingga diruqyah ustaz tersebut. Ini sangat melampau,” katanya yang tidak mahu dinamakan.

Ibu tersebut berkata, guru berkenaan tetap mahu anak perempuannya menyertai kelas bacaan Al-Quran, walaupun selepas guru biologi minta pelajar itu diberi pengecualian.

“Akhirnya, anak saya gugurkan subjek tersebut ketika menduduki SPM tahun lepas,” katanya.

Bagi Eswati Azni, apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa terbabit yang khuatir dengan anak-anak mereka disibukkan dengan aktiviti pendidikan agama boleh sahaja mengeluarkan pelajar terbabit dari sekolah berkenaan dan belajar di tempat lain.

“Rupanya hangat isu MRSM ni ya. Bila tersedar ramai kawan kawan bersoladariti kerana MRSM. Aku andaikan yang ramai tak puas hati ni memang spesis siti k@#(M.

“Bagi aku senang sahaja, maka keluarkanlah anak kamu dari dunia MRSM,” saran Eswati Azni.

Menurut wanita yang juga seorang ibu, peluang belajar agama pada tahun 80an bukanlah seperti pada zaman sekarang yang terbuka luas seperti pendidikan KAFA  untuk anak-anak di sekolah rendah.

Eswati Azni berkata, anak-anak pada masa lalu walaupun kekurangan pelajaran agama masih bernasib baik kerana kehidupan pada waktu itu tidak seperti sekarang yang terdedah dengan dengan bermacam-macam dugaan.

“Sungguh aku bersyukur bila dapat masuk asrama, sebab life aku berubah 360. Bayangkan tinggal di berek bomba yang punya satu bilik sahaja dengan adik beradik sembilan orang.

“Tapi sekurang kurangnya di asrama aku ada katil dan almari sendiri. Kerana MRSM aku dapat ilmu dunia dan akhirat,” kata Eswati Azni.-SM

(Visited 1,055 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button