Nasional

Penipuan SMS: Pegawai kanan jualan Telco ditahan

Seorang pegawai kanan jualan syarikat telekomunikasi direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket penipuan SMS.

Perintah reman sehingga 23 November depan itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Ini menjadikan jumlah penahanan reman berkaitan kes ini adalah seramai 18 orang.

Menurut sumber, suspek berusia 37 tahun itu ditahan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 7.30 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

Dalam pada itu, seorang bekas pegawai syarikat telekomunikasi dibebaskan dengan jaminan pada hari yang sama.

“Difahamkan, mereka yang terlibat dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar.

“Nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ dengan mengenakan bayaran langganan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna,”katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. -SM

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button