Jenayah

Rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati dengan warga asing

Warga asing perlu disiasat dengan lebih terperinci sebelum dibenarkan untuk bekerja mahupun tinggal di Malaysia bagi mengelakkan jenayah sosial berlaku.

Kejadian di sebuah apartment di Setapak yang melibatkan seorang lelaki warga Nigeria bertindak mencampak cucu tirinya berumur 4 tahun dari tingkat tiga hari ini perlu diberi perhatian.

Dalam kejadian tersebut, warga Nigeria yang berumur 42 tahun kemudian terjun dalam keadaan bogel dengan tujuan untuk melarikan diri daripada orang ramai namun berjaya ditangkap.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, suspek cuba merogol anak tirinya namun dihalang isteri serta anak-anak yang lain.

Suspek bertindak berang dan cuba mencederakan isi rumah sehingga kesemuanya melarikan diri bagi mendapatkan bantuan.

Suspek kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

(Visited 719 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button