Sukan

Isentif RM81,000 hargai atlet Melaka di Sukan Sea Hanoi

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 2 Jun – Jaguh pemanah negara, Juwaidi Mazuki muncul penerima terbanyak apabila meraih isentif
sebanyak RM23,000 selepas memenangi dua emas dalam acara compound melalui individu dan berpasukan campuran
manakala perak bagi berpasukan lelaki.

Juwaidi adalah salah seorang daripada lapan atlet kelahiran Melaka yang beraksi cemerlang membawa pulang
pingat membantu kontinjen negara di Sukan SEA Hanoi 2021 di Vietnam mencapai sasaran pingat yang
ditetapkan.

Keseluruhan kerajaan negeri memperuntukkan ganjaran berjumlah RM81,000 di bawah Skim Hadiah Isentif
Kemenangan Negeri Melaka.

Turut memenangi isentif RM10,000 meraih emas ialah G. Mateeshvar Antha (golf berpasukan lelaki), Johnathan
Wong Guanjie (10 meter air pistol individu lelaki) dan Tan Zhi Yan (wushu acara taijiquan lelaki).

Dua perak menerima RM8,000 pula milik gandingan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun dalam acara badminton
berpasukan lelaki manakala dua gangsa mendapat RM6,000 ialah Iman Aisyah Norazam acara memanah compound
berpasukan wanita dan Sydney Chin Sy Xuan menerusi sukan wushu acara taijiqian wanita.

Sulaiman Md. Ali menyampaikan isentif kepada atlet memanah, Juwaidi Mazuki yang menenangi dua emas dan satu perak di Sukan SEA Hanoi 2021, Vietnam.

Majlis penyampaian isentif tersebut telah disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di Seri
Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Dalam pada itu Sulaiman berkata, walaupun pencapaian di Vietnam tidak menyamai kejayaan temasya yang sama
di Filipina pada 2019 dengan 13 atlet kelahiran negeri itu membawa pulang pingat, namun pujian harus
diberikan kepada mereka yang berjaya di Vietnam.

Menurutnya, kesukaran 21 atlet menjalani latihan persiapan ketika dunia menghadapi pandemik Covid-19
selama dua tahun namun lapan daripada mereka berupaya membantu kontinjen negara mencapai sasaran pingat
yang ditetapkan.

“Atas kejayaan yang diraih kerajaan negeri amat berbangga dan berbesar hati menghadiahkan imbuhan dalam
bentuk wang tunai di bawah Skim Hadiah Isentif Kemenangan Negeri Melaka.

“Isentif yang diberikan ini sama seperti yang diterima oleh beberapa atlet negara kelahiran Melaka sebagai
menghargai sumbangan mereka membantu kontinjen negara.

“Keseluruhan kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM81,000 bagi tujuan pemberian isentif tersebut di
mana penyumbang pingat emas individu menerima RM10,000, pingat perak RM8,000 dan gangsa pula memperoleh
RM6,000,” ujarnya.

Lapan atlet tersebut menyumbang lima pingat emas, dua perak dan dua gangsa.

Juwaidi ketika ditemui berkata, dia melahirkan rasa gembira atas isentif yang diberikan oleh kerajaan
negeri dan berazam untuk meneruskan rentak kemenangan pada temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou yang belum
ditetapkan tarikhnya selepas ditunda.

“Itu sasaran utama saya selepas di Vietnam namun saya tidak pasti bila temasya itu akan diadakan selepas
ditunda yang sepatutnya berlangsung dari 10 hingga 25 September depan,” ujarnya.

 

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button