Nasional

Bekalan beras putih tempatan pulih dalam tempoh sebulan-Mohamad Sabu

INI jaminan daripada Menteri Mohamad Sabu, bekalan beras putih tempatan (BPT) pulih dalam tempoh sebulan!

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangka, BPT akan pulih dalam tempoh sebulan susulan langkah intervensi yang dilaksanakan oleh kerajaan pada ketika ini, kata Mohamad.

Beliau berkata, langkah intervensi melalui Program Khas BPT akan meningkatkan lebih 20 peratus kuota pengeluaran beras di pasaran di seluruh negara.

“Menerusi Program Khas BPT ini bekalan beras putih tempatan akan dapat dipulihkan dalam tempoh sebulan.

“Dalam masa yang sama, pemantauan berterusan akan dilakukan melalui kolaborasi bersepadu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Op Jamin,” katanya.

Pada 2 September lalu, pengilang padi dan pemborong beras negara dilaporkan diminta untuk meningkatkan bekalan BPT sebanyak 20 peratus menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan sebagai langkah intervensi memulihkan bekalan itu di pasaran.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam kenyataannya memaklumkan, hasrat itu telah dipersetujui pengilang padi dan pemborong beras dalam satu sesi libat urus yang telah diadakan pada 27 Ogos lalu, di Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial Facebook yang dikenali sebagai Bayeng Black membuat satu hantaran memaklumkan, di Baling, harga beras putih tempatan naik.

Sebagai peniaga makanan, Bayeng juga berkata, harga semua barang didakwanya naik.

“Saya nak habaq beras semua naik harga. Kat tempat saya. Tempat hangpa saya tak tau.

“Beras 5 kg ada yang sudah jual RM20. Terus berjuang untuk nasi lemak seringgit!” katanya. – SM

BACA Tukar label kampit beras: KPDN tidak berkompromi!

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button