Nasional

Khidmat gunting rambut, dobi dibenar semasa PKP

KERAJAAN hari ini membenarkan beberapa sektor tambahan antaranya industri automotif, projek pembinaan serta perkhidmatan terpilih untuk beroperasi secara berperingkat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan hari ini berkata, jemaah Menteri telah mengambil keputusan untuk membenarkan beberapa sektor ekonomi tambahan beroperasi secara berfasa dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan PKP yang ketat.

[BACA] Petrol Ron92 RM1.25 mulai tengah malam ini — Suara Merdeka

Industri lain yang turut dibenarkan beroperasi ialah mesin dan peralatan; industri aeroangkasa; dan perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terhad kepada guaman, minyak & gas dan aktiviti berkaitan COVID-19.

Selain itu perkhidmatan perubatan tradisional yang berdaftar; perkhidmatan kedai perkakasan, kedai barangan elektrik dan elektronik, kedai cermin mata, perkhidmatan gunting rambut asas dan perkhidmatan dobi ‘full service’ juga dibenarkan beroperasi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, berikutan keputusan ini syarikat dalam sektor tambahan yang disenaraikan boleh membuat permohonan untuk beroperasi kepada MITI bermula Isnin, 13 April 2020, dari jam 9.00 pagi menerusi laman sesawang MITI, www.miti.gov.my.

“Selain pematuhan kepada syarat-syarat dan garis panduan yang diperketatkan (PKP), kebenaran beroperasi itu juga tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan garis panduan oleh lain-lain agensi penguatkuasaan yang berkaitan dari semasa ke semasa.

PKP
– Gambar MKNACE UNLIMITED
[BACA] Noraini mahu mahasiswa dibawa pulang — Suara Merdeka
[BACA] Mohon MKN benarkan pelajar pulang ke pangkuan ibu bapa – Suara Merdeka

“Syarikat yang gagal untuk berbuat demikian akan dibatalkan kebenaran beroperasi serta-merta dan berdepan dengan tindakan undang-undang mengikut Akta semasa,” kata Mohamed Azmin.

Menurutnya, MITI memperhalusi sektor-sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi berdasarkan kepada pertimbangan tahap kepentingannya dalam rantaian bekalan global dan eksport negara.

Aktiviti ekonomi sektor yang dibenarkan ketika PKP juga mempunyai gandaan nilai tambah, memberi impak ke atas kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor ekonomi khususnya pembuatan dan perkhidmatan serta jumlah tenaga kerja yang terlibat.

Jelasnya lagi, keputusan ini diambil setelah mengadakan sesi libat urus bersama persatuan industri, PKS serta Kementerian dan agensi lain yang berkaitan termasuk KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Langkah ini adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Membendung Impak COVID-19 Ke Atas Ekonomi dan Pasaran Buruh, yang telah membentangkan beberapa cadangan kepada Jemaah Menteri pada 6 dan 8 April 2020 hasil daripada pembentangan oleh MITI, Kementerian Kewangan, Khazanah Nasional Berhad dan Bank Negara.

Mohamed Azmin berkata, penularan COVID-19 bukan sahaja memberi kesan yang besar ke atas kesihatan tetapi juga memudaratkan prestasi kewangan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat khususnya industri PKS sebagai penyumbang tenaga kerja terbesar di Malaysia.

[BACA] Jalan alternatif sempadan Perak, Selangor ditutup — Suara Merdeka
[BACA] Mesej ajakan bermain judi dalam talian — Suara Merdeka

Justeru itu, katanya, kerajaan terus mempergiatkan lagi pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan KKM dalam memastikan langkah-langkah saringan kesihatan dilaksanakan demi keselamatan pekerja dan pelanggan ketika PKP.  – BERNAMA

(Visited 414 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button