Hiburan

Gara-Gara Buat Lawak Terhadap Jada Pinkett, Will Smith Tampar Muka Chris Rock!

Pelakon popular, Will Smith menjadi perhatian dunia apabila bertindak di luar kawalan apabila tiba-tiba naik ke atas pentas dan menampar muka Chris Rock ketika siaran langsung anugurah Oscar 2022.

Ternyata pelakon berkenaan bertindak sedemikian gara-gara Cris membuat lawak terhadap isterinya, Jada Pinkett Smith yang berkepala botak untuk tampil dalam filem G.I Jane 2.

Pada mulanya, ia telah menimbulkan persoalan menonton yang hadir sama ada insiden tersebut adalah gimik atau ia benar-benar serius.

Bagaimanapun, kamera yang menghalakan ke wajah Will melihatkan pelakon berkenaan kelihatan marah sambil memberi amaran agar isterinya tidak dijadikan bahan lawak.

Dalam pada itu, pada acara tersebut juga Will telah dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik menerusi lakonannya dalam filem King Richard.

(Visited 538 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button