Politik

UEC: Kor Ming didesak tarik balik ugutan terhadap kerajaan

Peguam, Hanif Khatri Abdulla menggesa pemimpin DAP Nga Kor Ming supaya menarik balik serta-merta ugutan dan intimidasi terhadap kerajaan berhubung pengiktirafan UEC.

Hanif Khatri berkata, Khor Ming perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin politik dengan lebih rasional, matang dan tenang dengan mematuhi prinsip tanggungjawab bersama di bawah konsep kedaulatan undang-undang.

“Ia adalah satu amalan yang tidah sihat untuk mana-mana pemimpin, apatah lagi seorang pemimpin kanan parti dalam gabungan Pakatan Harapan yang kini menerajui Kerajaan Malaysia, untuk keluarkan kenyataan bercorak ugutan dan intimidasi bahawa jika permintaan untuk pengiktirafan UEC itu ditolak oleh kerajaan maka DAP telah berkata sepakat untuk keluar dari Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tindakan itu, kata beliau, bukan sahaja tidak sihat dan tidak matang, malah ia mencerminkan seolah-olah pihak berkenaan ingin melanggari konsep kedaulatan undang-undang yang antara lain memerlukan jemaah menteri diberi kebebasan untuk berbincang dengan tenang, mata dan terbuka dalam mesyuarat Kabinet sebarang keputusan dibuat.

Katanya, konsep tadbir urus negara ini lebih dikenali sebagai tanggung jawab bersama yang juga mewajibkan setiap pihak dalam kerajaan itu tidak boleh menyanggah secara terbuka mana-mana keputusan yang diambil dalam mesyuarat Kabinet oleh jemaah menteri.

“Apa yang lebih buruk di sini adalah saudara Nga Kor Ming dari awal lagi sudah bercanggahan dengan konsep kedaulatan undang-undang, dengan membuat ugutan dan intimidasi kepada kerajaan untuk mengiktiraf UEC.

“Tanpa peluang kajian diselesaikan mahupun perbincangan dilakukan dalam mesyuarat Kabinet oleh jemaah menteri ini dengan penuh sopan saya katakan salah sesalahnya,” katanya.

Rakyat, kata beliau, sama ada yang telah mengujdi Pakatan Harapan atau sebaliknya, semestinya tidak ingin melihat politik ugutan dan intimidasi diamalkan sebegini cara oleh pemimpin parti-parti dalam kerajaan itu sendiri.

UEC (United Examination Certificate) ataupun Sijil Peperiksaan Bersama adalah berkaitan dengan sekolah menengah Cina yang bebas/persendirian, dan seringkali menjadi satu isu sensitif berhubung dasar pendidikan negara.

DAP akan keluar PH jika UEC tidak diiktiraf, kata Kor Ming https://suaramerdeka.com.my/dap-akan-keluar-ph-jika-uec-tidak-diiktiraf-kata-kor-ming/

Disebabkan kekerapan isu ini dibangkitkan dari masa ke semasa, kerajaan di bawah kendalian Kementerian Pendidikan yang diterajui pada ketika itu oleh Dr. Maszlee Malik pada bulan Oktober 2019, menubuhkan Pasukan Tugasan Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate Task Force ) ataupun PPDUEC untuk mengkaji, menyelidik dan memajukan rekomendasi yang perlu berkaitan UEC kepada kerajaan untuk hala tuju sistem pendidikan negara seterusnya.

Namun, belum pun pihak PPDUEC memajukan laporan dan rekomendasi mereka kepada pihak kementerian yang kini diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sebelum pun dibawa untuk perbincangan jemaah menteri Kor Ming telah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

 

 

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button