Hiburan

‘Harapan Tak Kunjung Usai’, kolaborasi sulung Hazama bersama ST12

PT Dua Suara Media dari negara jiran bekerjasama dengan label muzik terkenal, Luncai Emas, untuk menghasilkan single ‘Harapan Tidak Kunjung Usai’. Kolaborasi ini mengumpulkan pemuzik dari pelbagai negara dan bertujuan untuk memperkenalkan muzik tempatan dengan berkolaborasi dengan pemuzik Indonesia.

Single yang telah dilancarkan di Jakarta pada 5 September 2023 dan menampilkan ST12, sebuah band terkenal dari Indonesia, dan penyanyi solo terkenal dari Malaysia, Hazama. Lagu ini mengisahkan tentang seorang wanita dan seorang lelaki yang sudah lama berkenalan tetapi wanita itu selalu membandingkan teman lelakinya dengan bekas teman lelaki sebelumnya. Single ini dicipta oleh Ilham Febry atau lebih dikenali dengan nama Pepep dari ST12 dan lagu yang disampaikan oleh Hazama ini juga turut membawa ciri-ciri lagu ST12.

Sandy Monteiro selaku President Director Dua Suara Media pun berharap semoga dengan kolaborasi ST12 dan Hazama ini dapat diterima oleh pendengar muzik dari kedua belah negara, Indonesia dan Malaysia.

Manakala Pengasas Luncai Emas Sdn. Bhd. Datuk M. Nasir yang juga merupakan composer terkenal Malaysia berkata “Gabungan kedua-dua artis popular ini bakal memberi manifestasi kolaborasi lebih jelas kepada dua negara serumpun ini. ST12 yang kuat dari segi akar muzik Melayu bersama lunak suara Hazama menyanyikan lagu Harapan Tak Kunjung Usai ini dijangka bakal hit di kedua-dua negara, Insya Allah.”

Hazama pula ternayata gembira dapat bekerjasama dengan ahli ST12 yang telah lama beliau kenali. Proses penghasilan lagu itu berjalan lancar kerana persama budaya dan Bahasa. Hazama juga berharap kerjasama ini dapat memberi warna baharu kepada dunia muzik pop Melayu dan sesuai serta dapat diterima oleh pendengar di Indonesia juga sekaligus menjadikan lagu kegemaran mereka kelak.

Beliau ditemui dalam Sidang Media Pelancaran Harapan Tak Kunjung Usai di sebuah kafe dekat Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

ST12 Live Concert In Malaysia akan berlangsung pada 10 November 2023 di Zepp Kuala Lumpur dengan menampilkan Aris Idol, Firman Siagian dan Hazama sebagai artis undangan.

Tiket menyaksikan ST12 Live In Malaysia pada harga RM139 (Kepingan Hati), RM169 (Puspa), RM229 (Cukup Sampai Di Sini), RM289 (Putih Putih Melati) dan RM4099 (Jalan Terbaik – Royal Box VVIP). – SM 

Artikel berkaitan > Dua artis popular Indonesia, Cakra Khan dan ST12 beraksi di Zepp KL

 

 

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button