Politik

Kalau PM boleh gantung Parlimen, apa salah gantung projek – AMK

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab  berhubung projek membina tiga buah dewan orang ramai yang kesemuanya mencecah RM35.43 juta.

Akmal yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)  berkata, sudah terdapat empat buah dewan besar sedia ada dalam Parlimen Pagoh yang diwakili Muhyiddin sendiri.

yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa agar Muhyiddin membatalkan segera projek itu atau sekurang-kurangnya menangguhkan buat seketika sebagaimana Muhyiddin mengeluarkan arahan projek tersebut perlu dilaksanakan dengan segera.

“Bukankah dengan norma baharu, sudah pasti penggunaan dewan awam adalah terhad dan adakah empat buah dewan utama ini dan dewan-dewan lain tidak mencukupi untuk ketika ini,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya memberitahu perolehan bagi pembinaan tiga buah dewan orang ramai iaitu Dewan Gersik, Tangkak bernilai RM13 juta, Dewan Masyarakat Bukit Pasir, Muar (RM16.66 juta) dan Pusat Komuniti Bukit Kepong, Muar (RM5.77 juta) mengikut tatacara perolehan secara tender yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Reaksi PMO itu susulan tular di sosial media sebuah surat yang menunjukkan bahawa Muhyiddin telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan bagi pelaksanaan projek pembinaan sebuah dewan di Parlimen Pagoh.

Dalam surat yang sama, Muhyiddin memohon supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) dilantik sebagai pelaksana projek tersebut dan meminta ia dapat dimulakan secepat mungkin iaitu pada 1 Mac 2021.

Mengulas lanjut, Akmal berpendapat pembinaan tiga buah dewan orang ramai itu perlu ditangguhkan agar dana tersebut dapat digunakan bagi usaha melawan Covid-19.

“Sepertimana Perdana Menteri boleh menggantung Dewan Parlimen melalui kaedah Proklamasi Darurat, kononnya untuk melawat Covid-19, apalah salahnya projek pembinaan Dewan ini digantung juga.

“Bukankah lebih elok sekiranya kita salurkan dana tersebut supaya ujian swab dapat diperluaskan, kapasiti pusat kuarantin dipertingkatkan serta jentera barisan hadapan diperkuatkan,” katanya.

Akmal turut menggesa Muhyiddin memberi penjelasan berkaitan makna mengikut tatacara perolehan secara tender yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan itu sama ada secara rundingan terus atau tender terbuka.

“Persoalan-persoalan netizen dan saya bangkitkan bukanlah berniat jahat seperti mana tuduhan Perdana Menteri, tetapi kami juga mengambil sikap bertanggungjawab untuk menjaga dana rakyat.

“Memandangkan saya tidak boleh bertanya dalam Parlimen, bolehkah Perdana Menteri membatalkan projek ini serta-merta supaya kita utamakan usaha negara melawan Covid-19?” saran beliau.

 

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button