Luar Negara

Kotak hitam pesawat terhempas di Nepal ditemukan

KOTAK hitam milik pesawat Yeti Airlines yang terhempas di Sungai Seti, Nepal, kelmarin dan mengorbankan 68 nyawa ditemui oleh pasukan keselamatan, semalam.

Menurut laporan Penerbangan Awam Nepal (CAAN), Jagannh Niroula, pihaknya akan menyiasat dan mendapatkan maklumat berhubung kejadian terbabit melalui kotak hitam itu.

Dalam masa yang sama, katanya, sepasukan anggota keselamatan masih meneruskan usaha mencari empat lagi mangsa yang terbabit dalam nahas pesawat itu.

“Pasukan keselamatan dikerah mencari empat mangsa di sungai berdekatan lokasi kejadian. Setakat ini disahkan 68 mangsa berjaya ditemukan di lokasi pada hari yang sama kejadian,” ujarnya.

Sementara itu, Kerajaan Nepal turut mengisytiharkan semalam adalah hari berkabung bagi memperingati mereka yang terkorban dalam nahas pesawat itu.

Tragedi nahas pesawat tersebut disifatkan sebagai nahas udara paling buruk dalam sejarah Nepal.

Pesawat Yati Airlines yang membawa 72 penumpang termasuk empat anak kapal dilaporkan dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara.
Pesawat malang itu bagaimanapun tidak sampai ke destinasi apabila ia terhempas di gaung Sungai Seti pada Ahad lalu ketika cuba melakukan pendaratan. – SM

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button