Ekonomi

Kini MDEC lancarkan program ‘De Rantau’ di Kuala Lumpur

Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC), kali ini melancarkan program nomad digital ketiga ‘De Rantau’ bertempat di Kuala Lumpur selepas melihat kejayaan di Langkawi dan Pulau Pinang mendapat sambutan yang memberansangkan dari pengguna asing mahupun rakyat dalam negara.

Majlis perasmian tersebut turut dirasmikan oleh Ketua Eksekutif MDEC YBrs.Ts Mahadhir Aziz serta rakan strategik termasuk penerima-penerima pas De Rantau.

Program ini bertujuan untuk memudahkan orang luar negara dan rakyat dalam negara bekerja secara nomad di Malaysia secara fleksibel dan santai malah MDEC juga menyedia perkhidmatan dan kemudahan khas yang memberikan pengalaman yang baik.

Kelebihan kepada pengguna yang menyertai program ini dapat menikmati diskaun penginapan, penghantaran makanan dan banyak lagi.

Malaysia mengalukakan semua profofesional digital di seluruh dunia, yang bekerja secara sambilan, kontraktor persendirian dan pekerja jarak jauh, apa yang menarik untuk nomad luar negara layak dapatkan pas kemasukan dari Jabatan Imigresen Malaysia secara diskaun.

Setakat ini terdapat lebih 700 hab De Rantau di lokasi Langkawi dan Pulau Pinang malah lokasi untuk program ini akan diwujudkan di Melaka, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching yang akan dilancarkan secara berperingkat pada tahun ini.

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button