Nasional

54 pelajar CAPEU meriahkan program Global Buddies Jamboree

SERAMAI 54 pelajar luar negara menyertai program Antarabangsa ‘CAPEU-AURORA Global Buddies Jamboree’ anjuran Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Adventure Leadership & Outdoor Recreation Academy (AURORA) UPSI minggu lalu.

Program julung kali ini berlangsung selama lima hari empat malam bermula dari 23 hingga 26 September di UPSI Adventure Park, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.
Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, penganjuran jamboree ini bagi menghimpun dan meningkatkan ciri-ciri bakal pemimpin masa hadapan.

Prof Md Amin (tengah berbaju putih) bergambar bersama peserta program
jamboree.

Beliau berkata sebanyak 13 institusi melibatkan negara-negara di bawah Consortium of Asia Pacific Education Universities (CAPEU) seperti negara Indonesia, Thailand, Filipina, China, Pakistan, Bangladesh, Nigeria, dan China menghantar pelajar- pelajar bagi mengikuti program jamboree ini. Program ini turut disertai oleh rakan Global Buddies dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Petronas, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Jamboree ini, katanya, secara tidak langsung, dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, peranan kepimpinan dan percambahan idea dek pelbagai latar belakang dan identiti yang berbeza dari setiap peserta.” Ujar beliau ketika majlis penutup program di UAP.

Peserta jamboree melawat Perkampungan Orang Asli di Pos Tenau.

“Insya-Allah, CAPEU-AURORA 2.0 tahun hadapan, UPSI cuba menawarkan akviti yang menarik seperti melihat seladang dan rusa di pusat konservasi Sungkai, di mana tidak semua negara memiliki haiwan tersebut.
Sementara itu, Pengarah IMC, Prof Khoo Yin Yin berkata, beliau berasa bersyukur dan gembira program Jamboree Capeu- Aurora yang dirancang hampir setahun berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Ujar beliau, untuk tahun hadapan, IMC cuba menarik lebih ramai peserta untuk mengikuti program Jamboree ini.

“Sebelum ini, program berjalan secara online, jadi untuk tahun ini kita jalankan program berjalan secara bersemuka yang melibatkan pelbagai negara di bawah CAPEU.
Pengarah Pusat Kokurikulum, Prof Madya Dr Mazuki Mohd Yasim berkata, beliau teruja dan berterima kasih kepada Pihak IMC dalam kerjasama melaksanakan program Jamboree peringkat antarabangsa ini.

Peserta menjalankan water rafting di Sungai Klah, Sungkai.

Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan sepanjang program seperti lawatan ke rumah Orang Asli di Pos Tenau, aktiviti kraf dan seni tradisional melayu, water rafting, kemahiran hidup alam semula jadi, campfire, aktiviti tali tinggi dan berkayak serta trekking di Lata perangin.

Beliau berkata Perkampungan Orang Asli ini sangat unik disebabkan oleh faktor geografinya yang terletak di banjaran Titiwangsa dan merupakan garis sempadan negeri Perak dan Pahang”, malah suku Semai dikelilingi kecantikan ekosistem dan terkenal dengan jolokan sebagai kampung terbersih. -SM

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button