Luar Negara

Bagaimana Greece kawal wabak Covid-19?

APABILA Greece membatalkan perayaan terbesar di negaranya iaitu karnival pada hujung February, ramai yang merasakan langkah itu keterlaluan.

Di Patra, yang terletak di barat negara itu, yang menjadi tempat berlangsungnya perarakan pesta yang paling masyhur di Greece, ramai yang turun ke jalanan membantah tindakan tersebut.

“Kerajaan mengarahkan supaya menghentikan semua aktiviti perbandaran… tetapi ini milik persendirian. Tidak ada siapa boleh menghentikannya.

“Mereka berkumpul di sini dai Dataran St Georges’s di mana revolusi (Greek) bermula pada 1821 dan itu merupakan simbolik,” kata wartawan televisyen tempatan.

Tetapi Greek segera meletakkan semangat revolusi itu ketepi dan ramai yang patuh kepada nasihat kerajaan supaya kekal berada dalam rumah.

Hasilnya dapat dilihat apabila jumlah kematian di negara itu sehingga Selasa adalah 81 orang, berbanding lebih 17,000 di negara jiranya Itali.

Malah jika diambil kira purata daripada jumlah penduduk sekali pun, kematian di Itali 40 kali lebih tinggi daripada di Greece.

Jika dibandingkan dengan negara-negara Kesatuan Eropah yang lain juga, Greece jauh lebih baik. Kadar kematian jauh lebih rendah daripada Belgium (2,035), atau Belanda (1,867) yang mempunyai jumlah penduduk yang sama, tetapi kedua-dua negara mempunyai KDNK lebih tinggi daripada Greece.

“Sensitiviti negara, penyelarasan, penyelesaian, dan kepantasan tidak ada kaitan dengan kedudukan ekonomi.

“Sekolah kami ditutup sebelum kami mencatatkan kematian pertama. Kebanyakan negara lain berbuat demikian selepas seminggu atau dua minggu kemudian, selepas mereka berkabung kerana sudan berdozen meninggal dunia,” kata Perdana Menteri Greede, Kyriakos Mitsotakis.

Bermula dari kedudukan yang lemah

George Pagoulatos, pakar ekonomi politik daripada Yayasan Hellenic untuk Polisi Eropah dan Luar Negara (ELIAMEP) bersetuju bahawa kerajaan sengat profesional dengan pendekatan pengurusan dari peringkat awal, mengakui semua itu diwarisi daripada kelemahan sebelum ini.

Greece memiliki sumber yang terhad untuk berhadapan dengan wabak yang besar.

Berdekad-dekad mereka berjimat termasuk perbelanjaan untuk kesihatan telah dipotongs sebanyak tiga perempat.

Katil di unit rawatan rapinya sehingga hujung bulas lepas hanya ada 560 buah, walaupun sekarang kerajaan sudah tambah menjadi 910 dan mengambil doktor dan jururawat tambahans 4,000 orang.

Kelemahan lain ialah sekurang-kurang satu perempat daripada penduduk Greece berumur 60 tahun ke atas, dan mereka yang berumur dikatakan memang mudah dijangkiti wabak ini.

Semua ini bermakna pertahanan barisan hadapan merupakan satu-satunya pertahanan yang Greece ada untuk berhadapan denga wabak Covid-19.

Legasi krisi ekonomi

Pagoulatos percaya sikap berjimat cermat juag membantu menerangkan bagaimana penduduk Greece senggup mengetepikan apa yang sudah menjadi tradisi mereka dengan mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Mungkin ini banyak membantu iaitu Greece selama ini menjadi negara yang sentiasa berada dalam pengurusan krisis sejak 2010, kami sudah jauh daripada merasai keselesaan ekonomi.

“Masyarakat yang berhadapan dengan kesusahan dan kesukaran untuk tempoh yang lama tahu bila perlukan dilakukan dikorbankan kehendak peribadi jika perlu atau jika tidak dapat dielakkan,” katanya.

Penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri, Alex Patelis memberitahu Al Jazeera bahawa masalah ekonomi yang  dialami Greece sejak berdekad lalu turut memainkan peranan dalam mengawal wabak Covid-19 di negara itu.

“Kami mahu menunjukkan bahawa Greece adalah negara yang serius. Kami mahu rakyat mengatakan bahawa Greece menguruskannya dengan baik.

“Jika kami berjaya , ia akan memberikan kesan berganda kepada reputasi. Greece bangkit daripada krisi ekonomi selama 10 tahun dengan kredilitinya rosak, dan kami mahu keluar daripada dilebelkan sebagai kambing hitam di Eropah,” kata Patelis. – Al Jazeera

 

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button