Hiburan

Siti Nordiana tuntut permohonan maaf dan wang RM200,000 setiap seorang

Penyanyi popular, Siti Nordiana telah menuntut permohonan maaf serta RM200,000 setiap seorang terhadap lima individu yang didakwa telah memfitnahnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sam Samin, mereka berlima sudah menerima surat tuntutan berkenaan.

“Kami berlima iaitu Lan Solo, Shiela, Syura, Aida G dan saya sendiri telah menerima surat tuntutan dari pihak Siti Nordiana.

“Yang mana di dalamnya meminta agar kami membuat kenyataan terbuka memohon maaf dalam tempoh 24 jam beserta syarat lain selain bayaran sebanyak RM 200,000 setiap seorang” jelasnya.

Menurut Sam, mereka telah pun memaklumkan serta menyerahkan surat tuntutan tersebut kepada peguam yang mewakili mereka iaitu Alan Razak untuk penelitian lanjut.

“Hanya setakat ini sahaja kenyataan yang dapat kami berikan. Terima kasih,” ujarnya.

Pada minggu lalu, Siti Nordiana membuat satu laporan polis terhadap kelima-limanya berkaitan konflik yang berlaku semasa sesi Instagram live pada Selasa lalu.

Penyanyi itu mendakwa mereka berlima telah memfitnah dirinya semasa berlangsung sesi live di Instagram. -SM

(Visited 423 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button