NegeriRencah Hidup

Raja Perempuan hadir Majlis Aidilfitri Menteri Besar, Kerajaan Negeri Perlis

Tuanku Tengku Fauziah yang diiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar kenangan dengan Mohd Shukri dan Najwa pada Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis 2024 di Dewan 2020 di Kangar.

RAJA Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis 2024 di Dewan 2020 di Kangar.

Baginda diiringi oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba Duli-Duli Tuanku disambut oleh Menteri Besar , Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Tuanku Tengku Fauziah berkenan menerima sembah mengadap daripada tetamu yang hadir pada Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis 2024 di Dewan 2020 di Kangar.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis bertujuan untuk menyantuni dan beramah mesra bersama seluruh rakyat negeri ini sempena bulan Syawal.

Seluruh agensi kerajaan mahupun Persekutuan turut terlibat sama dengan masing-masing menyediakan pelbagai juadah makanan dan minuman di 40 buah gerai.

Tuanku Tengku Fauziah berkenan menyantuni tetamu cilik yang hadir pada Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis 2024 di Dewan 2020 di Kangar.

Majlis yang merupakan acara tahunan itu diserikan lagi dengan pelbagai persembahan nyanyian serta pertandingan gerai tercantik.

Dianggarkan lebih daripada 30,000 orang rakyat negeri Perlis menghadiri Majlis Aidilfitri mulai pukul 11 pagi dan berakhir 4.30 petang. – SM

BACA Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis berkenan hadir Majlis Aidilfitri MB, Kerajaan Negeri

BACA Warga Jabatan Kesihatan berpeluang dekati Pemangku Raja pada majlis Aidilfitri

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button