Jenayah

Mayat reput tanpa identiti terdapat 18 kesan luka ditemui

Satu mayat berseluar jeans tanpa identiti dalam keadaan berulat serta hampir reput serta berbau busuk ditemui di dalam rimbunan semak samun di tepi jalan Jalan Ladang Gadek, Kemuning, Alor Gajah, Melaka, Sabtu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, mayat tersebut ditemui orang awam sebelum menghubungi Balai Polis Pulau Sebang dekat sini.

Menurutnya, siasatan awal turut mendapati ada satu laporan polis dibuat oleh satu keluarga di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin berkaitan kehilangan seorang lelaki India tempatan namun kita tidak dapat mengaitkannya dengan kejadian ini.

“Sehingga kini polis masih belum dapat mengesahkan identiti sebenar mangsa dan polis masih menunggu keputusan ujian asid deoksirbonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas ahli keluarga bagi mengenal pasti identiti sebenar mangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainol berkata, hasil bedah siasat terhadap mangsa di Unit Forensik Hospital Alor Gajah mendapati punca kematian mangsa berikutan kecederaan parah akibat objek tajam di bahagian leher dan dada.

Jelasnya, Banyak tisu badan yang telah hilang akibat proses pereputan dengan 18 kesan luka tajam ditemui di bahagian leher, dada serta kedua-dua belah kaki dan tangan selain retak tulang rahang dan tengkorak.

“Dua tulang leher mangsa termasuk tulang lengan tangan kanan, tulang lutut dan kaki didapati patah selain terdapat tiga kesan luka pada jantung,” katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, kes berkenaan yang pada asalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kini disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini akhbar melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki yang hilang dan tidak pulang ke rumah sejak empat hari lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman berkata, lelaki tersebut iaitu R. Darvnrajh, 24, kali terakhir dilihat bersama rakan-rakannya sekitar awal pagi pada 10 September lalu.

Bagaimanapun menurutnya, lelaki itu tidak pulang ke rumah dan polis telah pun merakam percakapan rakan-rakan lelaki yang hilang tersebut bagi siasatan lanjut.

“Kali terakhir dilihat, lelaki tersebut hanya berseluar jeans serta tidak berbaju. Keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada 11 September lalu dan usaha mengesan mangsa sedang dijalankan,” ujarnya. – SM

 

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button