NasionalpilihanSukan

KPM terbuka untuk dedahkan pelbagai sukan baharu termasuk Touch Football – Radzi Jidin

Dalam konteks pembangunan pendidikan, anak-anak harus diberi ruang seluas-luasnya bukan sahaja dalam bidang akademik malah meliputi bidang kokurikulum.

Menerusi konteks kokurikulum, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, dalam bidang sukan misalnya, terdapat pelbagai jenis sukan yang boleh didedahkan.

“Jadi dalam konteks Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kita terbuka untuk mendedahkan anak-anak kita kepada pelbagai jenis sukan supaya mereka dapat ruang dan peluang.

“Bukan sahaja mempelajari bidang sukan yang baharu tetapi mungkin akan melihat sukan ini amat bersesuaian dengan mereka dan akan meneruskan minat mereka dalam sukan sebegini,” katanya.

Radzi berkata demikian kepada pemberita dalam program sukan Touch Football yang turut dihadiri Peter Walters sebagai ikon kerana namanya cukup sinonim dengan sukan tersebut.

“Saya berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 16 (1) bersama-sama dalam program sukan Touch Football melibatkan murid-murid di sekolah ini.

“Dalam program ini, Persatuan Touch Football Malaysia membawa salah seorang ikon, Peter Walters untuk sama-sama memperkenalkan sukan ini di pelbagai peringkat termasuklah di sekolah-sekolah,” ujar Radzi. – SM

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button