Nasionalpilihan

Nahas helikopter lumut: Kesemua 10 mangsa nahas dikeluarkan dari lokasi kejadian

SEMUA mayat 10 mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pagi tadi, telah dikeluarkan dari lokasi kejadian.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri.

Katanya, semua jenazah mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut.

“Jenazah itu akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Sukan TLDM Lumut hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa adalah pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut dan Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau menjelaskan kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika mereka melakukan latihan penerbangan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.

Menurutnya, ia melibatkan helikopter operasi Maritim (HOM) jenis AW139 berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan Fennec M502-6 dari sini.

(Visited 32 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button