NasionalNegeri

3 sekeluarga termasuk bayi maut kemalangan

TIGA sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan maut manakala dua lagi ahli keluarga mereka parah dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 12 Jalan Tagasan, Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna, Sup. Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan pada pukul 4.30 petang semalam melibatkan kereta jenis Perodua Kancil dan Ford Ranger yang berada di laluan sama serta sebuah lori Nissan 20 tan dari arah bertentangan.

“Pemandu Kancil yang dari arah Kampung Lihak menuju ke Kampung Salimbangun, memperlahankan kenderaan ketika tiba di lokasi kejadian, namun tiba-tiba kenderaan Ford Ranger melanggar dari arah belakang mengakibatkan Kancil masuk ke laluan bertentangan, dan bertembung dengan lori Nissan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Farhan berkata, kemalangan itu menyebabkan penumpang kereta kancil yang juga isteri kepada pemandu, 30; anak perempuan, 10 bulan; anak saudara lelaki, 13; maut, manakala pemandu, 30, serta adik perempuan, 27, cedera parah.

“Isteri serta anak pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anak saudara disahkan meninggal dunia di Bilik Kecemasan Hospital Semporna.

“Pemandu Ford Ranger seorang lelaki berusia 27 tahun dan pemandu lori berusia 32 tahun, tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Farhan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

(Visited 330 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button