Nasional

Dua ditahan memandu secara mabuk

DUA lelaki ditahan polis kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Alkohol Dan Pencegahan Jenayah yang dilakukan di sekitar Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Operasi yang bermula kira-kira pukul 11 malam semalam dan berakhir kira-kira pukul 3 pagi tadi dilakukan sekumpulan pegawai dan anggota polis Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerahnya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, sebanyak 255 orang pengguna jalan raya dan 196 buah kenderaan telah diperiksa.

“Daripada jumlah tersebut, dua  lelaki berusia 32 dan 39 tahun telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

BACA> Pemandu didakwa mabuk rempuh kedai roti canai

“Pada masa yang sama, kita juga telah mengeluarkan sebanyak 30 saman ke atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, kedua-dua mereka telah ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA> Ismail cabar negara lain ambil warga Rohingya

 

Jelasnya, pihaknya akan terus melakukan operasi ini memandangkan masih terdapat pengguna jalan raya yang ingkar dan memandu dalam keadaan mabuk.

Tambahnya, perkara itu bukan sahaja membawa mudarat kepada diri sendiri, tetapi juga mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain. -SM

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button