Uncategorized

Penjana: RM30 sebulan guna pengangkutan awam tanpa had

PENGGUNA pengangkutan awam di Lembah Kelang yang menggunakan perhidmatan yang diselia oleh Prasarana Malaysia Berhad hanya perlu membayar RM30 sebulan bagi penggunaan tanpa had.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata Program MY30 itu akan bermula pada 15 Jun ini dan tamat sehingga Disember tahun ini.

“Saya memahami keperluan saudara-saudari yang menggunakan pengangkutan awam untuk keluar bekerja dan melakukan aktiviti-aktiviti lain.

“Bagi meringankan beban kos pengangkutan, Kerajaan akan memperkenalkan Program MY30 di mana pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang,” kata Muhyiddin dalam perutusan khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau Penjana sebentar tadi.

Menurutnya, inisiatif tersebut terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

“Saya ingin mengingatkan saudarasaudari supaya mematuhi SOP dan mengamalkan penjarakan sosial ketika
menggunakan pengangkutan awam,” kata Muhyiddin.-SM

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button