Ekonomi

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada Selasa (5 Julai) apabila peniaga kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dua hari yang akan bermula pada hari ini (5 Julai), kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan telah susut kepada 4.4135/4160 berbanding Dolar AS berbanding 4.4120/4145 pada penutup pada semalam (4 Julai).

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dengan ketiadaan pasaran AS yang ditutup sempena cuti Hari Kemerdekaan pada Isnin, sentimen terhadap Ringgit akan akan menjadi perhatian dalam mesyuarat MPC.

Beliau berkata jangkaan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang lebih tinggi nampaknya telah membantu meningkatkan Ringgit berbanding mata wang serantau.

“Prestasi Ringgit berbanding Dolar Singapura (SGD) adalah mengagumkan, dengan kini berlegar pada RM3.15 bagi setiap SGD selepas mencecah hampir RM3.20 sebelum ini.

“Jika BNM mengekalkan hala tujunya untuk menormalisasi dasar monetari, ia sepatutnya memberi rangsangan kepada Ringgit,” katanya.

Sementara itu, Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali Dolar Singapura.

Mata wang tempatan menokok berbanding Pound Britain pada 5.3456/3487 berbanding penutup Isnin pada 5.3496/3526, mengukuh berbanding Yen Jepun kepada 3.2440/2461 daripada 3.2578/2599 sebelum ini, dan meningkat berbanding Euro kepada 4.60276/6. /6096.

Bagaimanapun, ia susut berbanding Dolar Singapura kepada 3.1599/1620 daripada 3.1596/1618 pada Isnin.

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button