Nasional

G&T Hyper Hardware Sdn Bhd: Kedai Perkakasan Bumiputera Terbesar Di Sungai Buloh

Bagi pengguna yang mencari kedai perkakasan terbesar milik bumiputera di Sungai Buloh, G&T Hyper Hardware Sdn Bhd yang terletak di Sungai Pelong wajar untuk dikunjungi.

Pengasasnya, Bermawi Baginda Jaba yang lebih mesra disapa sebagai Haji Ben memaklumkan perusahaan itu mula ditubuhkan pada 24 Julai 2023.

“Kedai perkakasan terbesar milik bumiputera ini mula beroperasi pada November dan diperkenalkan kepada umum pada 23 Disember 2023.

“G&T Hyper Hardware Sdn Bhd bukan sahaja menawarkan perkakasan runcit moden yang baharu malah berfungsi sebagai pusat hentian setempat,” katanya.

Haji Ben berkata demikian dalam majlis pelancaran pembukaan G&T Hyper Hardware yang berlangsung di Sungai Pelong, Sungai Buloh, hari ini.

Bercakap tentang pusat hentian setempat, G&T Hyper Hardware Sdn Bhd ada menjual produk-produk seperti logam, kayu, batu, jubin, marmar dan banyak lagi.

Dalam langkah lebih proaktif, kedai perkakasan tersebut turut mengembangkan rangkaian produknya dengan memasukkan peralatan rumah, elektrik, pam air serta keperluan DIY.

Dengan visi untuk menerajui sektor pembekalan perkakasan di Lembah Klang, G&T Hyper Hardware Sdn Bhd berhasrat mengembangkan jejaknya ke seluruh negara.

“Selain memastikan kemudahan untuk pengguna akhir, syarikat pembinaan dan seterusnya, G&T Hyper Hardware Sdn Bhd mahu menjadi pilihan utama dan peneraju industri masa hadapan.

“Dalam masa sama, G&T Hyper Hardware menetapkan matlamat bercita-cita untuk lima tahun akan datang, sekurang-kurangnya lima cawangan di seluruh Lembah Klang berjaya ditubuhkan,” katanya.

Pada masa ini, G&T Hyper Hardware merekrut hampir 40 kakitangan termasuk pekerja am, kakitangan separa mahir dan professional bagi pengurusan pejabat.

Untuk mengorak langkah seterusnya, syarikat tersebut juga sedang giat membangunkan fasa kedua, yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Rancangan strategik ini menandakan satu langkah besar ke arah penyenaraian syarikat pada masa hadapan dalam syarikat tersenarai awam (public listed company).

“Selain itu, G&T Hyper Hardware terus akan mengukuhkan komitmennya terhadap pertumbuhan dan kecemerlangan dalam industri perkakasan runcit,” katanya.

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button