NasionalNegeriTravel

Raja Muda Selangor teruja lawat Kampung Warna Warni

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan keterujaan ketika berkenan berangkat melawat pelaksanaan Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai di Kuala Perlis.

Tuanku Amir Shah berkenan menandatangani plaka ketika lawatan ke “Rumah Selangor” sambil disaksikan Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Mohd Nazim di Kampung Warna Warni Seberang Ramai di Kuala Perlis.

Turut berangkat ke salah satu destinasi pelancongan popular baru di negeri Perlis ini ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Keberangkatan Baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Al-Habshe serta kepimpinan masyarakat setempat.

Tengku Amir Shah meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi melihat sendiri keindahan kawasan tersebut.

Tuanku Amir Shah menunjukkan plaka yang ditandatanganinya ketika lawatan ke “Rumah Selangor” juga berkenan bergambar bersama Tuanku Syed Faizuddin Putra serta pengurusan MAIPs dan penduduk setempat di Kampung Warna Warni Seberang Ramai di Kuala Perlis.

Baginda juga berkenan mendengar sembah taklimat pelaksanaan program transformasi Kampung Warna Warni yang telah dilaksanakan bermula tahun 2020 ketika Covid-19 melanda dunia oleh MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama pelbagai Jabatan serta Agensi Negeri dan juga Persekutuan serta pihak swasta dan NGO selain penduduk tempatan.

Baginda turut berkenan menandatangani plaka keberangkatan lawatan di “Rumah Selangor” dan dipersembahkan Tengkolok “Putra Julang Darjat” daripada MAIPs yang merupakan tengkolok rasmi Negeri Perlis sebagai adat memuliakan tetamu kenamaan sebelum berangkat pulang.

Tuanku Amir Shah berkenan bergambar bersama Tuanku Syed Faizuddin Putra di Laman Bunga Raya, Kampung Warna Warni Seberang Ramai di Kuala Perlis.

Raja Muda Selangor berada di Perlis bagi mengadakan kunjungan sembah mengadap ke atas Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid. Berangkat sama Raja Muda Perlis. – SM

BACA Rumah Hijau, rumah lahir Raja Perlis kini di Muzium Kota Kayang

(Visited 356 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button