Luar Negara

Uber benar pesanan, hantaran ganja

PENGGUNA Uber di Ontario, Kanada boleh membuat pesanan untuk membeli ganja menerusi aplikasi Uber Eatsnya.

“Ini merupakan salah satu usaha Uber untuk memasuki perniagaan yang sedang berkembang pesat,” kata jurucakap syarikat tersebut.

“Uber Eats telah menyenaraikan peruncit ganja Tokyo Smoke di pasarannya sejak Isnin lalu.

“Pelanggan boleh membuat pesanan daripada aplikasi Uber Eats dan kemudian mengambilnya di kedai Tokyo Smoke terdekat mereka,” katanya sambil memberitahu pasaran ganja sedang berkembang.

Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi berkata kepada media pada April lalu, syarikat tersebut akan mempertimbangkan untuk menghantar ganja apabila kod undang-undang jelas di Amerika Syarikat.

Lebih tiga tahun selepas Kanada membenarkan penjualan ganja rekreasi. Negara itu cuba memperbaiki pasaran ganja rekreasi secara sah yang merundum di mana pengeluar haram masih mengawal sebahagian besar daripada jumlah jualan tahunan.

“Perkongsian itu akan membantu orang dewasa Kanada membeli ganja yang selamat dan sah serta dapat membantu memerangi pasaran haram yang masih menyumbang lebih daripada 40% daripada semua jualan ganja bukan perubatan secara nasional,” katanya.

Saham ganja global MJ ETF meningkat 2%, manakala saham Uber naik 1.2% pada $44.78 dalam dagangan prapasaran.

Jualan ganja di Kanada berjumlah AS$4 bilion pada 2021 dan diramalkan meningkat kepada AS$6.7 bilion pada 2026, menurut data daripada firma penyelidikan industri BDS Analytics.

Ditanya mengenai kemungkinan diperluaskan ke wilayah Kanada lain, atau di Amerika Syarikat, jurucakap Uber berkata tiada apa lagi untuk dikongsi pada masa ini.

“Kami akan terus memerhatikan peraturan dan peluang pasaran dengan teliti mengikut pasaran. Dan apabila undang-undang tempatan dan persekutuan berkembang, kami akan meneroka peluang dengan peniaga yang beroperasi di wilayah lain,” katannya.

‘Lockdowns’ akibat pandemik tahun lalu mendorong permintaan terhadap produk berkaitan ganja daripada pelanggan yang terperangkap di rumah dengan pilihan hiburan yang terhad. -SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button