Nasionalpilihan

17 individu main snuker dikenakan kompaun

SEBANYAK 17 individu dikenakan kompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bermain snooker,s semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 4 petang di sebuah premis snuker di Damansara Jaya.

“Hasil pemeriksaan kita telah menahan dua lelaki warga asing berumur 25 dan 27 tahun yang mengaku sebagai penjaa premis.

“17 individu lain yang sedang bermain snuker juga telah dikenakan kompuan sebanyak RM5,000 seorang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, kedua-dua pekerja itu disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen

Tambahnya, orang ramai khususnya di dalam daerah Petaling Jaya diingatkan supaya sentiasa peka dan patuh SOP yang ditetapkan untuk memutuskan rantaian Covid-19. -SM

(Visited 475 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button