Nasional

Malaysia mahukan rantau yang bebas daripada kongkongan

Malaysia mahukan sebuah rantau yang bebas daripada sebarang kongkongan mana-mana pihak serta mengambil pendirian untuk bekerjasama dengan semua pihak demi tujuan menjaga kestabilan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, perkara itu dinyataka ketika menjadi ahli panel forum bertajuk ‘Building Asia – Pacific Regional Architectures: The Challenge of Unmatching Interest’ sempena  Antalya Diplomacy Forum (ADF) 2024 di Antalya, Turkiye.

Dr. Zambry menghadiri forum itu sebagai mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, dalam program yang dihadiri lebih 4,000 delegasi dari 100 buah negara ini, Malaysia diberi
penghormatan untuk menjadi panelis bagi sesi berkenaan.

“Dalam sesi ini, saya telah menyampaikan pandangan Malaysia dan erdana Menteri berkenaan isu Asia Pasifik yang semakin menjadi perhatian kuasa-kuasa besar dunia. Saya menegaskan bahawa  rantau.

“Di sepanjang ADF kali ini, saya juga berkesempatan mengadakan lapan mesyuarat dua hala dengan rakan-rakan lama Menteri Luar. Antaranya ialah Timbalan Perdana Menteri II Kosovo merangkap Menteri Luar; Menteri Luar Uzbekistan; Timbalan Perdana Menteri Iraq merangkap Menteri Luar; Menteri Luar Kyrgyzstan; Menteri Luar Sri Lanka; Presiden Majlis Tertinggi Negara Libya; Presiden Turkish Maarif Foundation dan Menteri Luar Turkiye.

“Pelbagai perkara dibincangkan termasuklah pendidikan tinggi negara. Persetujuan dicapai dengan semua negara ini bagi kita melebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara dari segi pertukaran pelajar, pensyarah, penyelidikan dan juga bidang-bidang tumpuan yang boleh dipelopori bersama,” katanya.

Menurut beliau, negara seperti Iraq dan Libya juga sedia untuk menawarkan biasiswa lebih besar untuk pelajar-pelajar mereka datang ke Malaysia.

Katanya, ketika di Istanbul, beliau menyaksikan majlis tandatangan dan pertukaran persefahaman (MoU) di antara Universiti Utara Malaysia dengan lima buah universiti di Turkiye iaitu Karabuk University, Ankara Yıldırım Beyazıt University, Dicle University, Gebze Technical University dan Mardin Artuklu University.

“Usahasama ini sangat baik terutamanya dalam kita membina rangkaian pendidikan dengan institusi antarabangsa dan pada masa sama proses perkongsian dan pemindahan ilmu serta kemahiran dapat berlangsung melalui pelbagai medium,” katanya. – SM

(Visited 13 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button