Nasional

Permaisuri Agong tutup Twitter lagi, harap sentiasa sihat, sejahtera

TERASA sunyi seketika garisan masa Twitter apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaunnya @cheminahsayang.

Penutupan itu disedari Suara Merdeka apabila terpapar perkataan ‘akaun tidak wujud’ ketika hendak melihat aktiviti dan perkembangan terkini baginda.

Umum tahu, baginda kerap berkongsi dengan masyarakat mengenai aktiviti dilakukan menerusi ciapan dalam Twitternya.

Malah celotehnya tentang keluarga dirajanya itu seringkali mencuit hati pengguna media sosial.

Awal tahun, dalam kempen memperkasakan tulisan Jawi, Tunku Azizah memutuskan untuk menggunakan tulisan Jawi dalam setiap ciapannya.

Walau bagaimanapun, lebih seminggu baginda menggunakan tulisan Jawi dalam Twitter, kedengaran juga suara-suara sumbang mempersenda usaha itu.

Malah, tular dalam media sosial apabila terdapat sebilangan pengguna Facebook tidak senang dengan tulisan Jawi baginda sehingga menggelarnya sebagai ‘nenek sihir’ dalam tulisan Mandarin.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Tunku Azizah menutup akaun Twitternya kerana penghinaan sedemikian ataupun ada alasan lain.

Justeru, rakyat pasti tertunggu-tunggu celoteh baginda walaupun dalam tulisan Jawi namun terus mendapat perhatian.

Suara Merdeka akan terus mendapatkan perkembangan terkini mengenai Raja Permaisuri Agong dan melaporkan sebaik sahaja akaun Twitternya diaktifkan semula.

Terdahulu, baginda dilaporkan pernah menutup sementara akaun Twitternya selepas dikatakan akibat komen-komen negatif netizen. – SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button