Mahkamah

Panel tiga hakim kes Najib beri kata dua, ‘zoom atau tindakan’

MAHKAMAH Rayuan memberi kata dua terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan pembelaannya: Prosiding secara zoom atau hadapi kemungkinan akan dipenjara.

Arahan tersebut dikeluarkan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera selepas pembelaan yang diwakili peguam, Harvinder Singh Sidhu memohon agar prosiding tersebut ditangguhkan.

“Kami tidak berpuas hati sebab perayu (Najib) sendiri tidak berminat dan tidak menunjukkan sebarang minat untuk hadir pada prosiding ini. Beliau hanya kontak kasual dan itupun kontak kasual (Tan Sri) Muhammad Shafee bukannya Muhammad Farhan.

“Saya nak permohonan ini didengar secara online. Jadi kami akan beri masa kepada pihak-pihak untuk persediaan. Gagal berbuat demikian, kami (mahkamah) akan buat keputusan sewajarnya,” tegas Hakim Abdul Karim seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Sebelum itu, Harvinder memohon agar prosiding itu ditangguhkan kerana kesemua peguam yang terlibat dengan prosiding hari ini menjadi kontak kasual selepas salah seorang peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee positif Covid-19 selepas menghadiri satu majlis bersama keluarga dan rakan rapat, Sabtu lalu.-SM

(Visited 337 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button