Berita

Ebit Liew bantu wanita bersama keluarga dari Sarawak ditipu cari kerja

Pendakwah Ebit Liew hari ini menyentuh perasaan orang ramai lagi dan kali beliau membantu seorang wanita dari Sarawak yang ditipu untuk mendapatkan pekerjaan di Kuala Lumpur.

“Sayunya hati. Bila ramai hantar mesej pada saya mengenai kakak ini dari Sarawak di tipu mengenai pekerjaan dan tempat tinggal. Sampai jer tadi. Semua menangis.

“Adik kecil ini pun menangis. Terasa beratnya mereka dan hilang pergantungan dan harapan. Saya jadi sayu,” kata Ebit Liew dalam hantaran ke Facebook miliknya.

Wanita berkenaan, katanya,mMenumpang di beberapa rumah tumpangan di Kuala Lumpur dan telah cuba mencari pekerjaan selama tiga bulan, tetapi gagal.

Wanita itu juga telah berpisah dengan suaminya seorang muallaf dan datang ke Kuala Lumpur bersama-sama anak-anaknya.

“Sampai tadi kakak ni menangis jer. Saya tanya adik perempuan kecil nak sekolah. Dia gengam tangan tunjuk semangat. Saya nak belajar agama. Nak jadi hafizah. Adik tu menangis. Ya Allah semoga doa adik ini dikabulkan.

“Kakak tu kata saya kerja apa pun boleh ustaz. Cuci mop lantai, masak, cashier. Apa-apa kerja pun boleh ustaz. Saya nak anak berjaya dan jadi orang baik soleh solehah.

“Saya dah bayar hutang penginapan sekarang. Doakan yer tengah cari rumah,sekolah dan carikan kerja untuk kakak ni,” kata Ebit Liew.

(Visited 502 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button