Politik

Pertemuan 4 mata: Abang Mat perahsia

SETIAUSAHA Politik kepada Mohamad Sabu, Mohd Azhar Mat Dali mendedahkan sikap dan sifat terpuji yang diamalkan oleh bekas menteri pertahanan tersebut dalam ‘pertemuan empat mata’.

Menurut Mohd. Azhar, terdapat dua disiplian yang diamalkan oleh Mohamad dalam pertemuan empat mata.

“Dari permerhatian aku, ada dua disiplin ketat Abang Mat dalam bab ni. Satu, butir pertemuan sentiasa menjadi rahsia kepada dua orang tersebut. Abang mat akan simpan kejap rahsia pertemuan. Kat sapa pun dia tak akan cerita, hatta isterinya sendiri pun tidak akan tahu.

“Ini memang disiplin Abang Mat sejak dahulu lagi. Dia sangat perahsia. Dia sangat menjaga integriti dalam bab ini.Boleh jadi, inilah salah satu sebab dia masih terus menjadi pemimpin politik sehingga kini. Sudah 40 tahun Abang Mat bermain dalam bidang ini. Orang lain aku tak tahu lah,” kata Mohd. Azhar.

Jelas beliau, dalam politik, menjadi perkara biasa bagi mana-mana pemimpin mengadakan pertemuan secara peribadi sebegitu. Malah ia sudah menjadi sebahagian kelaziman urusan politik.

Selalunya, pertemuan sebegitu diadakan bagi merungkai kekusutan, berdiskusi idea atau jalan keluar baharu. Pertemuan empat mata juga bagi membuka ruang atau langkah untuk membina gabungan baharu.

Tanpa berselindung, Mohd Azhar berkata, Mohamad memang banyak mengadakan pertemuan secara empat mata.

“Disiplin kedua, Abang Mat bertemu empat mata biasanya hanya dengan rakan politik. Sekenal aku dengan Abang Mat, dia tak bertemu musuh politiknya secara empat mata. Jika pun perlu adakan pertemuan, biasanya Abg Mat akan bawa seorang teman sebagai saksi. Apa-apa hal senang kata Abg Mat,” jelas Mohd. Azhar.

Dalam hantaran di Facebooknya, Mohd. Azhar turut berkongsi gambar pertemuan empat mata antara Mohamad bersama dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gambar berkenaan telah dikongsi oleh Anwar di Facebook rasminya sebelum itu. Pada gambar tersebut tertulis ‘Setiakawan tidak boleh dijual beli’.

Bagaimanapun semakan pada Facebook rasmi Mohamad mendapati gambar yang sama tidak dikongsi dalam Facebook milik Ahli Parlimen Kota Raja itu.-SM

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button