Ekonomi

Peluang kita bisnes di Tanah Suci

Kerajaan Arab Saudi menetapkan visi 2030 untuk membangunkan negara berkenaan dengan menjadikan sektor pelancongan tonggaknya.

Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, melancarkan ‘Visi Madinah’ untuk membangunkan sayap timur Masjid Nabawi, Madinah bagi menerima kedatangan 30 juta jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi.

Saudi Press Agency (SPA) memetik kenyataan Putera Mohammed bin Salman, berhubung pelancaran itu.

“Visi Madinah ini selari dengan objektif Wawasan 2030 dalam meningkatkan kapasiti jemaah umrah kepada 30 juta orang menjelang tahun 2030 mengikut kriteria dan standard yang tertinggi.

“Hal ini membuktikan komitmen Arab Saudi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah umrah di Madinah Munawwarah sebagai destinasi kebudayaan Islam yang mode,” katanya.

Menurut beliau, projek pembangunan itu akan dijalankan di kawasan berkeluasan kira-kira 1.5 juta meter persegi, menempatkan 47 ribu unit penginapan menjelang 2030, di samping kawasan tanah lapang dan hijau.

“Projek ini turut menyediakan sembilan stesen bas, stesen kereta api bawah tanah, laluan kenderaan pandu sendiri dan tempat letak kereta bawah tanah, bagi memudahkan perjalanan jemaah ke Masjid Nabawi, selain menyediakan peluang pekerjaan dan merancakkan perniagaan setempat,” katanya.

Menurut SPA lagi, Visi Madinah dijangka dapat meningkatkan mutu dan taraf hidup penduduk Madinah dan jemaah umrah yang melawat bandar itu dengan peningkatan kapasiti hotel serta perkhidmatan terbaik yang ditawarkan di sayap timur Masjid Nabawi.

Namun satu lompang yang begitu ketara ialah kemampuan rakyat negara itu memberi perkhidmatan bertaraf dunia.

Budaya melayan tetamu dengan sopan bukan sebahagian kehidupan mereka.

Selama ini mereka melayan pelanggan ala kadar sahaja kerana sedar mereka yang datang ke negara itu khususnya di Tanah Haram di Mekah dan Madinah kerana mahu menunaikan ibadah Haji dan Umrah.

Namun visi kerajaan Saudi kini bukan sahaja tertumpu kepada Tanah Haram, tetapi ke seluruh pelosok negara.

Kawasan Al Ula contohnya dijadikan destinasi pelancongan baharu yang dilengkapi dengan kemudahan serba moden.

Kita orang Melayu, khususnya Melayu mempunyai sifat semulajadi melayan tetamu.

Setakat ini Global Ikhwan mengambil peluang dengan membuka restoran Noor Malaysia.

Selain itu syarikat berkenaan juga membangunkan kawasan di Hudaibiyah untuk pelbagai aktiviti pelancongan termasuk membina calet.

Peluang memang terbuka luas selain jemaah umrah yang ramai, jemaah haji juga ditingkatkan kepada 5 juta tahun depan.

Terserah kepada kita untuk meneroka peluang yang ada di sana.

(Visited 571 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button